Rabu, 10 Jun 2009

AKU BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum.Syukur kita masih diberi kesempatan untuk bersua lagi.Cuti sekolah ini aku n family ambil kesempatan pulang ke kampung aku di Terengganu dan kampung isteri aku kat Kedah.Banyak pengalaman menarik yang aku nak cerita.Tapi terlebih dahulu aku minta maaf kepada kawan-kawan semua kerana aku tak sempat nak mengunjungi kalian.Rochie, masa aku di Tganu, dia masih kat Kelang.Mat Nor Shafini , masa aku ada di Kedah dia pulak balik ke Tganu.Rumah Adnan n Sabariyah yang dekat dengan rumah mertua aku pun aku tak gi.

Aktiviti aku n anak sulung aku mestilah gi memancing.Masa kat Tganu , aku gi memancing kat Masjid Terapung.Bestnya..... yang pastinya dapat ikan.Besar atau kecil tak penting.Balik ke Kedah,sawah padi kat belakang rumah......cantiknya.nak memancing kat sawah, ikannya hanya haruan, puyu atau keli.Tapi aku n aku punya biras pi memancing kat kolam berbayar.Dapat jenahak bapak besar......Sedap makan ikan fresh ni.Sesiapa yang minat memancing bolehlah join dgn aku.

Hampir 2 minggu aku bercuti, ptg tadi aku pulang ke jengka.Rindu pulak pada ikan kaloi, kelisa,liko dan bermacam jenis ikan lagi yang ada aku pelihara di rumah.Talapia yang kat dalam kolam kat luar tu dah boleh ditangkap dah.Aduh sedapnya kalau masak asam tempoyak......

Kepada Mat Ju,kenapalah mu tu asyik dok komen pasai orang je.Uda, bila lagi nak datang ke Semenanjung.Amir n Zaharila jemputlah datang ke rumah.Rambutan blum masak lagi, kalau buah salak, adalah kat belakang rumah tu.Ramzie , mu tinggal kat tmn kalungan melur ke.Kenal tak dgn Cikgu Rosaidi(SMK Lela Segara) nisterinya Cikgu Wan Salawati.Kawan orag rumah aku tu.

Kepada kawan-kawan lain yang namanya tak di sebut di sini.Kalau ke Jengka, hubungilah aku.

aku....Azhar

0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini