Selasa, 17 November 2009




Assalamualaikum.


Saya Kartini Sepawi dari UE 91/93. Baru nak belajar join masuk dalam blog ni. Selama ni dok mengikuti ja. Baca ruang sembang rakan2 M3P ni. Seronok tak terkata dan kenangan mengusik jiwa sungguh. Imbas kembali kenangan ketika di M3P dan terbayang wajah rakan2 sepejuangan ketika itu. Memang rindu pada anda semua terutama pada rakan2 UE 91/93. Terima kasih pada Abg Mie yang menjadi sifu untuk Tini membuat coretan sulung dalam blog ni. Ok salam persahabatan dari Tini jumpa lagi pada masa akan datang. Masih ingatkah lagi pada saya......



Isnin, 9 November 2009

Salam Satu Malaysia Dari Kuala Selangor

Dari Pasir Mas Ambo Berkelana
Singgah di Rompin Menimba Pengalaman
Kini di Kuala Selangor Ambo Beristana
Bersama keluarga di Jeram yang Aman

Assalamualaikum .... buat member satu kapal 91/93. Harap2 demo kenal lagi la kat aku yang dah berubah 200% ni. Ialah, dah lebih 16 tahun tak bersua muka. Bukan tak ingat, malah rindu sangat pada tepian Pantai Batu Buruk, Bukit Besar, Pasar Payang yang juga dah berubah 200%, memori-memori bersama kalian semua masih aku patri kemas diingatan (macam jiwa2 la pulak). Selalu jugak aku buka blog kita, tapi idea tak mari lah. Dah tua kot..... jadi tak berapa pandai nak ngecet. La ni, aku ngan famili dan 5 thn di Kuala Selangor. Anak pun dah 4 orang. Agak-agaknya bila ya kita punya reunion.. tak sabar rasanya nak jumpa member2 lama, terutama Unit B. Ok. Aku chow dulu lah. Nanti aku kirim khabar baru. Wasallam

Selasa, 3 November 2009

assalamualaikum kengkawan

terima kasih zie kerana cipta blog ni. kawe raso cukup bertuah kerana dapat mengintai dan mengetahui rakan2 mppp dulu. kenangan kita semua hampir 16 tahun dulu tetap tersemat di hati. Kawe tengok gambar maso xpdc perhentian, teringat balik zaman kurus dulu. loni doh jadi guni berah doh. Anok doh setengoh dozen. Kawe duk di bunut payong dekat dengan wakaf che yeh. setakat tu dulu deh. Sapo2 hok kenal amrulkhairi mahmud ( unit F )n bini ambo rosliza yaakub ( unit E) bulih la hubungi kami berdua kalu ado maso. Kalu mari kelate bulih la kawe bawo gi pasar borong wakaf che yeh, 1KM dari rumoh aje. No tipon ambo 0139983188 n bini ambo 0139022728. Khas utk Raja Zam, kawe doh masuk blog ni, bulih la kito berbicara.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini