Khamis, 31 Disember 2009

KEHADIRAN TIDAK DIDUGA


Assalamualaikum semua,

Pada 29 DIS(Selasa), Rizal Pak Kassim dan Izahni serta anak-anaknya sempat singgah di rumah saya dalam rangka program cuti-cuti Malaysia. Tak sangka pulak mereka nak datang. Tiba-tiba ja call dah ada kat PD. 45 minit je nak ke rumh saya(Banting). Apa pun.... terima kasih kerana sudi datang.

Kepada Ramzie, tak mengapa tahun ni tak jadi reunion, Mungkin tahun hadapan kita cuba lagi.

Drp: Khirul Anuar Ishak

Khamis, 24 Disember 2009

REUNION - POHON MAAF PADA SEMUA RAKAN M3P 91/93

Assalamulaikum w.b.t

Merujuk kepd tajuk di atas, aku memohon ribuan ampun dan maaf kpd rakan2 semua akibat kelemahan aku tidak mengadakan reunion utk korang semua pada tahun ini.
Banyak perkara yang tidak dapat aku elakkan terutama bila bekerja waktu pejabat ini ( Pejabat PKG )
-kekangan masa dan waktu malah terpaksa bertugas pada hari minggu spt membuat dokumentasi kamera still dan video untuk even2 utama negeri dan kebangsaan, tugasan dari Bhg. Teknologi Pendidikan Negeri Trg dan Jabatan Pelajaran Negeri Trg serta PPD.
-Semester September 09 baru ni, aku sibuk menyiapkan kerja projek serta tesis terakhir OUM BIT , utk terima ijazah pada 14 Nov 09 yg lalu . Biar lah kata org tua2 baru nok belajar , nok guano seruan tu baru mari , kpd rakan kita sudah habis belajar dan lama dah bergelar graduat aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.
-Baru-baru ini Terengganu di landa wabak taun yg membawa kpd seorang kematian dan beratus lagi yg mengidapnya ,sehinggakan pada satu masa wad2 d HSNZ KT penuh sesak ngan pesakit taun pd masa yang juga penyakit denggi pun ada yg kena tp tdklah seteruk taun. Semua daerah telah dijangkiti cuma daerah besut dan kemaman kurang skit kesnya, yang paling teruk K.Trg dan Marang.Itu salah sebabnya aku tangguh.
-Baru-baru ini juga banjir melanda di Terengganu jd aku mungkin banyak masalah jika aku teruskan , suasana mungkin tidak semeriah seperti yang dikehendaki.

APA -APA PUN AKU MOHON JUTAAN MAAF DARIPADA KALIAN SEMUA KRN TDK DPT MENGADAKAN REUNION KALI INI, INSYA ALLAH SEKIRA DIPANJANGKAN UMUR DAN SIHAT TUBUH BADAN TAHUN HADAPAN KITA RANCANG PULAK.

Khamis, 17 Disember 2009

Kenal Saya...KAK Are

Assalamualakum w.b.k. Terujanya nak join sama dengan rakan-rakan m3p yang dah lama tak dengor cerita...Banyak cerita Mie Jerantut je mana jadi. Terima kasih juga kat mie jerantut kerana sebar-sebarkan 'contact number '.
Sebelum dipanjangkan cerita elok teman perkenalkan diri dulu..
Nama :Hjh.Mastura Hj. Ahmad

Nama Suami : Hj. Norazli b. Hj. Musa .
Jumlah anak :5 orang(Seorang putera empat puteri)
Alamat tetap : Lot 15350 Jalan Teratai,Kg. Tasek ,Ipoh Perak.
N0.H/p : 019 5710934
Email : che_ mas68@yahoo.com.my
Blog :http://ustaztaliban blogsot.com


Syukur berkat usaha Ramdzi kami unit E(khususnya) boleh menyambung silaturahim kembali yang sudah lama terputus. Tahulah cerita kawan-kawan bahagia disamping keluarga tersayang.

Sama-samalah kita gunakan kesempatan bahagia ,gembira yang Tuhan kurniakan supaya dapat mentaati Rabbi dengan lebih baik. Rebutlah LIMA sebelum datang LIMA...sihat sebelum sakit kaya sebelum miskin, muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk dan HIDUP sebelum MATI....


!2 Disember yang lalu, Alfiah sempat bertandang ke rumah Kak.Seronoknya kami sempat berbual panjang cerita-cerita lama.Pada kawan-kawan m3p yang lain jemput singgah rumah bila datang Ipoh.reha,syihan,Ani,Tini,Rosliza,Ain dah contact yang lain mana ye???


Mohd Hairul Anuar dari Sitiawan Perak.



Assalamualaikum WBT......

Abang-abang dan kakak-kakak, saya Hairul @ Pak Sue Unit E memperkenalkan diri diruangan blog ini untuk mengingkap kembali nostalgia 91/93 di m3p. Izinkan saya coretkan kembali lagu m3p dalam kenangan, saya dan Sufian selalu menyanyikannya di Wisma Raja Chulan 1 & 2.

Di sini kita bertemu
Lantas terbinalah sebuah kisah
Kau dan aku, ikatan yang mesra
di bawah bumbung sebuah menara

Kita menangis bersama
juga riang ketawa
namun semua itu
hanyalah sebuah kenangan

oh mppp kau dalam kenangan
begitulah hakikat kita

oh mppp impian dan harapan
setiap anak bangsa
tercintaaa.....

Kalau tersilap tanya APAI, di manakah dikau? Wahai APAI.

Terima kasih Ramzi atas usaha mu yang murni ini. Semua gambar kenangan di maktab musnah bersama banjir kilat melanda Puchong semasa saya bersama Rahimi Harun UC, Pak Kasim UD, Mohamed UF. Blog ini amat tersentuh dihati. Bila abang Mie Jerantut call, Kak Alfiah & Reha SMS, saya terus buka internet dan cari blog yang dimaksudkan. Akhirnya terdaya buat ku coretkan sesuatu dalam blog ini.

Apa khabar sahabat yang lain?. Lyn di selatan, Apai kat KL, Kak Fathiyati, Kak Ros, Mat Zan, Seli, Rostam, Azan, Zul, kelanaaaa dan semua unit E. Kalau ke pulau pangkor call saya.

Saya tengah sibuk dengan laman web syarikat, laman web sekolah pun belum dikemaskini lagi, baru tadi guru besar call. ok, layarilah http://www.skses.edu.my/ dan syarikat belum siap lagi lah. http://www.macsports.com.my/. HP 019-5722243. Jumpa lagi.




Rabu, 16 Disember 2009

Salam mesra dari Perlis...


Assalamualaikum WBT...

Salam manis dan ingatan ikhlas terutamanya kpd rakan2 Unit E (91/93). Masih ingat kot yer kat bekas ketua unit korang ni. Alaa...aku sorang jer dari Perlis kelas tuu.. Korang semua apa habaq la nii?? Aku harap semuanya baguih dan semakin ceria sihat hendaknya.. Aku dok ikut dan dok baca lamalah jugak blog ni tapi tak dan nak masuk. Ni lah baru cuba2 nak join tulis... Boleh kot no .. tapi kena minta izin dulu drp kawan blogger kita si Romzie.. Mu kenal aku lagi dak Romzie? Kalau mu dak kenal mu tanya member baik mu .. si Merang kat Gurun tuu.. dia pun dah lama x contact aku le ni... duk sibuk study kot.

Aku le ni dah balik ke kg asal aku di Perlis. Mengajar lak di Kuala Perlis dekat jeti Kuala Perlis nak pi ke Langkawi nuu.. Aku le ni anak baru 4 orang..bini baru sorang...hehe. Dulu aku posting di Klang dan duk menyewa serumah dengan Merang Gannu, Che Nizan Perlis, Azmi Kamal Tlk Intan dan Hashim Ejom Sg Manik... semua geng M3P lah tuuu.. Pas 3, 4 thn masing2 dah berkeluarga dan membawa haluan masing2...

So.. aku pn x nak tulis bnyk2 kali ni...cukuplah sekadar mencoret yg termampu... dan nak bagi ruang kat org lain lagii..Lain kali kalau ada citer aku tulis la noo??

Ok setakat ni...wassalam...

Daripada;

Anuwar Mat Din,

Kangar, Perlis.

019-4790084.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini