Assalamualaikum w.b.t .... hello apa khabar rakan-rakan semua.Saya Hashan Bin Jenan (hashan_jenan@yahoo.co.uk) Unit D 1991/1993 MPPP KT sangat terharu apabila mendengar kewujudan blog ini.. Terima kasih kepada En. Ramzi Abdullah kerana penuh iltizam untuk menjayakan projek blog ini.Sememangnya tidak dinafikan bahawa saya masih merindukan 1991/1993 MPPP . Sungguh pun ia telah berbelas tahun berlalutetapi kenangan itu mungkin saya simpan buat selamanya. Sekarang ini saya bertugas di daerah Kuala Langat. Saya mempunyai seorang anak lelaki bernama Amir Afdal B Hashan (Lahir pada 2 September 2007) dan isteri tercinta bernama Suhailah Bt Mad Arof bekas Pelajar Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Mengajar di Kuala Langat juga. Hell0-hello Wisma Sri Tanjung , Geng praktikum SK Pasir Nering dan SK Kuala Berang ...tengah buat ape tu... Hello Sabah macam-mane sekarang ...(Ramajah , Fauzi Awang Ali) Pahang (Basri , Jumri)Penang (Rizal , Lan ) Perak (Asri) Johor (Roslan) dll ...Saya percaya anda semua telah mencapai kejayaan yang membanggakan, boleh jadi ada lagi kejayaan yang lebih besar menanti anda di masa akan datang. Maaf, mungkin ada kata-kata dan tingkahlaku saya yang kurang ajar hingga menyinggung sanubari pembaca blog. Sekian terima kasih.
Salam
12 tahun yang lalu