Isnin, 27 Julai 2009

Tentang Cara Mendapatkan Iman 1

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Tuhan yang mana engkau telah melimpahkan rahmat & nikmat kepada kami terutama dalam bidang ilmu pengetahuan. Memang kami perlu sangat ilmu pengetahuan bertambah dari masa ke masa sebab kami sedar bahawa ilmu pengetahuan menjadi sebab untuk kami sedar & insaf untuk kami dapat berjuang beramal hingga melahirkan aktiviti dan sebagainya Salawat & salam kepada junjungan nabi Muhammad saw, manusia yang engkau paling cintai yang sebab beliaulah rahmat & nikmat ni kami perolehi.

Kita sedari yang kita dan majoriti umat kita bukanlah golongan iman yang soleh, jauh sekali untuk mencapai iman bertaraf muqarrabin. Paling tinggi pun barangkali di peringkat iman ilmu. Yang mana kita baru sekadar kenal Allah sekadar di fikiran, di bibir, belum lagi di hati. Kita masih belum cinta kepada Allah, apatah lagi untuk takut kepada azabnya. Kerana itulah kita terus melakukan maksiat dan dosa, kita masih lagi derhaka kepada Allah, segala suruhannya kita masih engkari dan segala suruhannya kita masih lagi langgar. Jadilah kita orang-orang yang berdosa. Bila mati dalam keadaan bergini, ada kemungkinan Allah masukan kita ke dalam neraka dahulu.
Mendengar azab neraka patutlah kita merasa gerun dan takut, kerana azab yang maha pedih dan dasyat itu tidak mampu kita tanggung. Jadi sama-sama kita dari sekarang menyelamatkan diri dan kuarga dari neraka. Firman Allah yang maksudnya:

“peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka”
- At Tahrim : 6.

Faktor utama yang patut kita persiapkan adalah kesedaran, kemahuan dan kesungguhan. Kita nak mencapai iman yang lebih baik. Tanpa faktor ini, berkuliahlah, berusrahlah dan berilah ilmu yang banyak dan punyailah ilmu sebanyak mana pun tidak akan mampu mengubah kita.
Firman Allah yang maksudnya:
“sesunguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri (hati) mereka”
- Ar Raad : 11

Sikap kita hari ini menunjukan kita tidak serius dan bersungguh-sungguh dalam mencari iman dan mendapatkannya. Kita hanya bersungguh-sungguh dalam mencari wang, harta, emas permata dan pangkat, yang mana belum tentu lagi kita dapat. Kalau dapat sekalipun belum tentu ia dapat bahagiakan diri kita, mugkin ia sekadar kemudahan dan kesenangan.
Kesibukan kita kepada urusan dunia, sampai kita terlupa untuk mencari iman, sesuatu yang sudah pasti akan selamatkan kita di dunia dan akhirat. Persoalannya kenapa kita tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan iman? Apakah yang menghalang kita? Apakah kita sudah kurang yakin bahawa imanlah penyelamat kita, iman dapat melepaskan diri kita dari siksa di akhirat nanti?. Adakah kita tidak yakin dengan adanya hari pengadilan di padang mahsyar?, hari pembalasan di akhirat?, kalau bergitu, lebih mudahlah iman kita dan lebih dasyatlah iman kita, itu bukan iman ilmu, tapi iman orang kafir.
Firman Allah yang maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan mereka, “ siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab, “ semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui".
- Az Zukhuf : 9;

Firman Allah yang maksudnya:
“katakanlah (kepada orang kafir),”siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi. Tetapi tidak ada yang dapat di lindungi dari azab-Nya jika kamu mengetahui.” Mereka akan menjawab “Allah” katakanlah, (kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu di tipu.”
- Al Mukminun : 88 & 89.

Jadi, janganlah biarkan fikiran kita di tipu selama-lamanya. Yakinlah bahawa kian hari kian dekat kita pada hari kiamat. Sepertimana kian hari kita kian jauh dari dunia ini. Bagi yang cerdik dan waras pasti dia akan setiasa merasa takut dan berdebar-debar menanti tibanya hari yang sangat dasyat itu. Rasulullah telah memberitahu kita dalam sabda baginda yang bermakud:

“orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”

Jadi kesempatan yang masih ada ini, orang yang cerdik akan gunakan dan tidak akan melepaskan peluang untuk merebut sebanyak-sebanyaknya kebikan dan amal yang soleh, sementara masih di izinkan untuk terus hidup di atas dunia ini. Kelapangan masanya, kesihatanya, kekayaanya, hidupnya, mudanya ini di jadikan sebagai alat dan modal untuk merebut amal soleh, berusaha keras untuk menempah tiket kebahagiaan dan keuntungan hidup di akhirat kelak, sesuailah bergitu dengan kehendak Rasulullah sepertimana sabda baginda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan kaya sebelum papa.”

Demi mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat, marilah kita korbankan segala nikmat yang Allah berikan, untuk tujuan berbakti kepada-Nya. Pengorbanan kita ini, kelak Allah gantikan pula dengan nikmat yang berganda-ganda lazatnya. Dengan saranan itu, baru sekarang akan saya huraikan cara-cara menambah dan meningkatkan keimanan kita setakat yang di izinkan Allah. Sebenarnya jalan-jalan untuk mendapatkan iman itu sangat banyak iaitu setiap sesuatu yang di perintahkan oleh syariat. Ada yang berbentuk fardu ain, fardu kifayah, sunat muakkad, sunat ghairi- muakkad dan semua pekara yang harus di buat dengan penuhi 5 syarat yang saya telah huraikan sebelum ini (rujuk tulisan saya yang bertajuk tentang takrif iman 3 (bahagian akhir) ).
Rasulullah S.A.W meringkaskan huraian tentang bagaimana mendapatkan iman dengan sabda baginda yang bermaksud:

“iman itu banyak cabangnya. Yang setinggi tingginya ialah mengucapkan “lailahaillallah” dan yang serendah-rendahnya ialah membuang bahaya di jalan.”
- sahih muslim.

Maknanya, apa sahaja yang Allah perintahkan, tujuannya semata-mata untuk mendapatkan iman. Untuk lebih memahami, akan saya berikan beberapa contoh teperinci bagaimana iman itu boleh kita dapat dan perolehi. Di sini di bentangkan jalan-jalan yang boleh kita lalui.
( melawan hawa nafsu)
firman Allah yang maksudnya:

" Orang-orang yang bermujahadah pada jalan kami, kami tunjukkan jalan kami. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik."
- Al Ankabut: 69.

dalam ayat yang lain pula firman Allah yang bermaksud:

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu. Dan sesungguhnya merugi (celaka) lah orang yang mengotorinya."
-Asy-Syam: 8- 10.

jadi, untuk mendapatkan iman Allah perintahkan kita melawan nafsu. kerana nafsu yang ada dalam diri dan telah bersarang itu selalu mengajak kita kepada membuat jahat dan lawan perintah Allah. Firman Allah yang maknanya:

" Sesungguhnya nafsu (amrah) itu sangat menyuruh yang jahat."
- Yusuf: 53.

Bagi melawan nafsu ini kita perlu tempuh 3 peringkat iaitu:
1. Takhalli (mengosongkan atau mensucikan atau membuangkan)
2. Tahalli (mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli (terasa kebesaran dan kehebatan Allah)

Ahad, 26 Julai 2009

Koleksi gambar...




Fakta tentang gambar di atas:...Kali pertama dalam hidup aku

1. menari di khalayak ramai... itulah kali pertama dan terakhir...
2. naik kuda kepang...ingatkan best...




Fakta tentang gambar di atas:...Kali pertama dalam hidup aku

1. naik bot.
2. mabuk laut.
3. Jejak kaki di pulau.
4. Tertelan air masik masa berkayak.
5. Kena sunburn.
6. Tidur dalam khemah

Mungkin anda yang lain ada ada fakta menarik tentang gambar di atas....

Sabtu, 25 Julai 2009

Tentang 7 Kezaliman Kita

7 Kezaliman kita.

Zalim terhadap
1. Manusia pada Tuhan.
2. Manusia terhadap fizikalnya.
3. Manusia terhadap dirinya dan hartanya.
4. Manusia terhadap manusia lain.
5. Manusia terhadap jawatannya
6. Manusia terhadap ilmunya.
7. Manusia terhadap perasaannya/roh.

Ayat Alquran yang bermaksud:

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya."
An-Nisa: 40.

surah ali imran ayat 117
Ayat Quran yang bermaksud :

" Tuhan tak zalimi mereka itu tapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Zalim yang selalu di sebut orang ialah manusia zalim pada manusia. Tuhan kata Tuhan tak zalim manusia tapi manusia zalimi diri sendiri."

Ada 7 aspek. Mengikut kehendak Tuhan.

1. Zalim peringkat tertinggi iaitu seorang manusia zalim dengan Tuhan. Iaitu tak kenal Tuhan. Tak cinta dan tak takut Tuhan. Tak peduli kepada Tuhan. Termasuk kita, ingat Tuhan waktu susah, lupa waktu senang, jika waktu senang pun susah kita nak ingat Allah, apalagi waktu sakit! Jika waktu sihat pun kita tak mampu ingat Tuhan, waktu kaya, waktu lapang, waktu kuat pun kita tak dapat ingat Tuhan, bagaimana waktu sakit, waktu susah, waktu sempit, waktu lemah?. Apa pun kita nak buat mestilah berkait dengan Tuhan. Mana ada orang islam lagi yang betul-betul cinta dan takut pada Tuhan! jika ada seberapa? Dah la kita ni zalim, pastu nak minta Tuhan hancurkan musuh kita, walhal kita pun bertindak macam musuh Tuhan.

2. Yang berkait dengan fizikal. guna mata, telinga ,mulut, tangan, kaki dan lain-lain mengikut kehendak Tuhan. Jangan kita guna untuk derhaka dengan Tuhan. selalu kita guna anggota kita itu selain Tuhan, kita guna mata, telinga, hidung, tangan dan kaki itu dan seluruh fizikal kita untuk sakitkan manusia, tipu manusia, aibkan manusia, mengumpat dan banyak lagi.

3. Berkait dengan hartanya. Jangan guna harta sesuka hati, termasuklah diri kita ini sebenarnya milik Tuhan. Harta kita guna bukan untuk jalan yang hak! tapi guna untuk benda lain.

4. Zalim manusia sesama manusia. Menzalim manusia lain. Pukul dia, kata dia, hina dia, caci dia, buka aib dia dan lain-lain. Yang ini yang selalu di perkatakan orang. Ini yang selalu di hebohkan. yang zalim 1 hingga zalim 3 itu tak di perkatakan orang langsung. Tak masuk tv.

5. Zalim yang ada hubung dengan jawatan. Contoh PM, presiden, pengarah, pengurus dan lain-lain. Buat sesuka hati mereka dengan jawatan. Zalim ni. Ni pun orang bising. Nampak PM tak betul, yang pengarah itu tak betul dan semunya tak betul belaka. Tapi salah sendiri tak nampak. Walau sekecil mana pun jawatan, mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Orang kecik suka suluh orang besar. Padahal sama sahaja.

6. Zalim manusia terhadap ilmu. Ada orang dapat banyak ilmu, ada dapat sikit ilmu. Sama ada banyak atau sikit tapi guna untuk kepentingan diri di anggap zalim juga. Masuk neraka juga. Sekarang ni orang salah guna ilmu. Untuk kepentingan diri, nama, glamor, cari makan. Ini tak di besarkan juga.

7. Zalim manusia dengan rohnya/hatinya. Ini pun orang tak sebut. Patutnya perasaan ikut kehendak Tuhan. Sedih kerana tak takut Tuhan. Sedih buat dosa. Tapi tak berlaku. Yang sedih, isteri/suami tak sayang aku. sedih aku masih belum punyai teman, Sedih sebab sakit, sedih sebab harta hilang, sedih sebab kerana artis pujaan kalah dan banyak lagi yang sedih bukan kerana Tuhan. Perasaan kita sudah salah gunakan. Nafas turun naik tak ingat Tuhan, zalim tu. jika perasaan itu kita gunakan untuk Tuhan Baru lah sesuai dengan ikrar kita kepada Tuhan, Sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku untuk-Mu Tuhan. Boleh gila kalau memikirkannya. Nak baca tasbih pun teragak-teragak-agak sebab banyak berbohong, dosa dengan Tuhan.

Jumaat, 24 Julai 2009

Barissss .....barisss...sedia...



Inilah antara peristiwa yang tak dapat aku lupa sepanjang berada di MPPP. Pertandingan kawat kaki antara unit. Unit C antara calon pilihan yang akan memenangi pertandingan ini. Tapi hampa... kecewa.. ini semua angkara Shah Jahan... tersalah bagi arahan ... kelam kabut jadinya.... aku dah maafkan kau Shah....namapun manusia tak lari dari buat silap...kadang-kadang kesilapan menjadi pengajaran yang paling berharga kepada kita..itu pun kalau nak berlajar dari kesilapan...
Teringat aku lagi masa tu....Pagi...petang berlatih..sampai kulit akan yang tak berapa hitam dah hampir hitam....lain la macam shah tu..hehehe jangan marah ye shah... kalau ada hadiah kategori Uniform mungkin boleh menang....dah macam polis traffic...
Dari peristiwa juga..di sekolah akulah antara orang yang terbaik bagi arahan dalam berkawat... itu cerita dulu la..masa muda belia..sekarang dah hampir tua...
Lepas ni aku ada catatan lain terutama tentang unit C...Siapa aku? Kepada sahabat diunit C cuba teka...kalau betul aku belanja kau orang makan angin...

Selasa, 21 Julai 2009

Jumpa lagi kita

Buat semua kengkawan, apa khabar? Semoga sihat. Tahniah le kerana semakin ramai kengkawan yang join blog ni. Kengkawan unit F nampaknya tak ramai yang join blog ni. Saya dah war-warkan tentang blog ni kepada kengkawan yang dapat saya contact. Nanti saya tuliskan nombor contact kengkawan yang ada pada saya. Buat kak Zam, jangan le mare. Tengah sibuk buat esaimen ni. Nak anto minggu ni. Sama le kengkawan lain yg belajar.

Saya ada no telefon Kak Ta. Tau tak, dia pun sambung belajar. OUM kohort 5 sama macam Mail. Kepada Mail, jangan risau, dah ada geng sekarang ni kalau nak tukar-tukar esaimen.

Saya ni confuse, rasanya Kak Za ni unit E kan. Kalau dia ni, suami dia Amrul, bukan Khairul Anuar.

Setakat ni, saya masih belum dapat nombor telefon Fatimah Wahid, Sazizan, Zuhaida dan Dalilah. Di mana kalian sekarang, tiada khabar berita. Yang ada pada saya cuma no tel geng perempuan saje. Geng lelaki UF , kena tanya dengan Khirul.

Kepada geng-geng serumah semester 5, Shihan, Norhayati, Siti Yuslindawati, Norhazani, Kartini, di mana sekarang. Kalau baca blog ni, contact le saya kalau ada masa. Teringin nak jumpa lagi. Insya Allah.

Ok, di sini saya sertakan no telefon kengkawan UF yang saya ada

1. Anisahlaile 0192541512
2. Siti Zaharah Toha 0193954200
3. Izzahni 0195638114
4. Noraida 0124159071
5. Norliea 0148812676
6.Ruzita 0165575416
7. Norizan 0192727429

Ok bye bye. See you again. Tq

Norizan Abdul Aziz, Banting, Selangor.

Isnin, 13 Julai 2009


Assalamualaikum rakan m3p semua,
Alhamdulillah, kini blog kendalian Ramzi telah mendapat sambutan yang lebih meluas dari semua unit. Kebangkitan rakan-rakan dari semua unit semakin menguatkan harapan kita bahawa reunion boleh menjadi kenyataan andaikata semua rakan bekerja keras mengontack kawan-kawan. Walau siapapun kita sekarang...samaada masih guru...usahawan...agen jualan kereta atau apa sahaja....kita adalah warga mppp 9193kt.

Kepada Hisyam Kelantan UD, kalau lalu Muar,jgn lupa contact aku...member2 lainpun..jgn segan-segan.Asam Pedas Muar,kopi 434,mi bandung dan nasi beriani menanti anda!

Azhar,Md Nor ,Mail Golok dan Uda UA,sorilah sebab aku tak sempat chating minggu ni,,sibuk wat esaimen.

Zul/MAT JU UA

Sabtu, 11 Julai 2009

Sekadar Renungan...


Mana kawang2 UF aku ni...????????

Assalamualaikum... seronok gak baca cerita kawang2 unit lain tapi mane kawang2 UF aku ni ye....senyap je. Sibuk ke? Blog ni aku jenguk gak hari-hari, bukan ape saje nak bace perkembangan kawang2. Hari ni baru rase nak join balik. Baru ni ade kawang unit lain SMS aku...Sayani, yang same praktikum ngan aku kat Dungun.Lepas tu aku call dia sembang2 dekat sejam jugak la. Dia sekarang ni kat Jengka, anak dah 3 pun. Yang aku teringin nak jumpa , Rosliza wife pda Khairul Anuar Kelantan UF dan Rozita (kak Ta) Kedah. Kalau ade kawang2 unit lain dr Kelantan @ Kedah yg tau no hp Kak Za @ Kak Ta hrp dpt bgtau ye..TK. Buat kawang2 UF....jom meriahkan blog ni,ok? Jumpa lagi..wassaaalam. (Raja Zam).

Jumaat, 10 Julai 2009

Dari Noorhisham Unit D 91/93


Salam. Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Ramzi kerana menghimpunkan kita dalam laman blog yang penuh makna ini. Mana mungkin kita akan lupakan kenangan kita semasa di maktab. Untuk pengetahuan kalian semua aku dah letak jawatan sebagai guru mulai 31 Dec 2008 dan buat bisness secara kecilan sekarang. Apa pun diharap, kita akan dapat terus memanafaatkan ruangan ini untuk kekalkan hubungan silaturahim. Aku ucapkan selamat maju jaya dan kalian semua diredhai Allah

Rabu, 8 Julai 2009

Gambar Noorhisham Kelate UD


Gambar Semasa di Korea



Bergambar dengan Hanapiah Nasir





Rai Rahimi Harun Kat D'Ganu Cafe

Gambar ini diambil sewaktu Rahimi Harun Perlis UC datang ke Ganu pd 3Julai09 yg lalu, Aku ngan Nazri UC turun lah meraikan kdtgan saing kite di D'Ganu Cafe sambil minum kopi D'ganu sampai jam 1.oopagi, sori lah gambar kurang clear bab pakai handset sony erikson aje..
drp Ramzie UD.

Isnin, 6 Julai 2009

gambar lama dan baru unit c( yang ada je lee....)


kepada kawan-kawan yang tahu no tel dan email bagitahu le aku... aku boleh penuhkan ruangan ni. Satu lagi send le gambor terkini ke email aku. boleh kawan2 tengok. email aku.... sharie4193@yahoo.com ( zafri )

DI MANAKAH SAHABAT-SAHABATKU...

Salam silaturrahim,
Minta tolong kawan-kawan jika mengetahui di mana Abdul Fuad & Rohaizar Unit B berada? Tolong maklumkan ke nombor hp 019-6439924 (Yahaya UB).
T.Q. Assalamualaikum, aku nak tido.....

Ahad, 5 Julai 2009

TQ orang T'ganu


Hari raya 2008 aku dengan family di Perlis


3hb Jun 2009. Terima kasih kepada Ramzi dan Nazri kerana telah memberikan layanan A Class masa aku ada di KT.. Sampai pukul 1 lebih walau pun tengah tak berapa sihat.. Ramzi mu hisap rokok banyak sangat sampai sakit tekak.. nazri pulak kena alahan kulit kesian nya ke mung tergaru-garu tapi member punya pasai turun jugak TQ geng. ada masa lagi aku gi pulak t'ganu @ kalau ada kawan2 yang nak mai Alor Star contact la aku ok. rahimiharun@gmail.com

Sabtu, 4 Julai 2009

Salam Mesra dr keluarga Azhan UA

Assalamualaikum geng2 m3p91/93. Ini gambar keluargaku tahun 2006. Terima kasih kpd Cg ramzee kerana menyediakan blog ni untuk kita saling berhubungi kerana dah sekian lama kita semua dah terpisah oleh keadaan yang patut diterima oleh semua orang. Dengan adanya blog ini sekurang-kurangnya tali persahabatan antara kita semua dapat dikembalikan. Aku sekarang ngajar di SK. Tengku Ampuan Mariam, K.Trg. Kalau kawan-kawan dtag ke KT dan nak tengok Bekas M3P hubungilah aku di talian 012-9615304 @ ahmad_azhan67@yahoo.com.
Kepada kawan2 UA yang telah hubgi aku spt Mat Ju, Mamat,Mat Nor, Azhar/Mahzom, Nora Penang terima kasih banyak2. Baru2 ni aku ke Bukit Merah, Perak bawa anak2 mandi manda di situ, ketika itu Wan Zil dari UB ( skrg dah jadi Lecture di IPKB) tel. aku.
sekian, jumpa lagi...........Drp Ahmad azhan, Noriah Othman, Muhammad Khairul Azry, Nur Ain Nadhirah, Muhammad Ikhwan dan Nur Alya Natasha.

Zafri (Unit C) dan Sha (Unit H )


kalau nak hubungi aku email sharie4193@yahoo.com h/p: 0125958826.

Jumaat, 3 Julai 2009

Kenangan Haji 2006

Asslamualaikum, kepada rakan-rakan M3P seluruh Malaysia semoga sihat walafiatlah hendaknya. Kenal tak aku. Aku Abu Kassim unit C yg. selalu pakai songkok. Budak Melaka yg belum tukar ke kampung lagi 1991-2009, 18 tahun di Terengganu. Aku kat Kemaman ni happy sokmo dengan family. Aku skg mengajar di SK Seri Bandi 2 manakala mek aku R. Fatimah (UG) mengajar pra di SK Seri Bandi. Aku ucapkan TAHNIAH untuk Ramzi yang sanggup bina blog untuk silaturrahim kita semua. Gambar ni adalah gambar aku dan isteri semasa gi haji tahun 2006 balik 2007. Gambo ni aku masukkan sebagai kenangan untuk tatapan rakan. Juga untuk motivasikan rakan-rakan yg belum lagi gi haji untuk bersemangat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Aku sendiri kalau boleh nok gi setiap tahun. Kalu boleh lagi nok duduk di Madinah jual sayur tepi jalan pun takpe, tapi seronok hidup disana. Apakan daya iman lemah masih jadi cikgu lagi. Anak aku skg 5 orang baru.............. Andaikata ada rezeki adalah lagi. Tahniah untuk Zurina Unit C antara kaum Hawa memeriahkan blog ini. Untuk Zurina kita sama jawatan di sekolah iaitu Penyelaras Bestari. Bos kita Pegawai Teknopen macam Ramzi. Di Kemaman ni yg aku ingat set m3p 1991-93 Zali Paka, Fatimah unit F, jamaliah (UG) dan Zul Unit F (kalu salah unit minta maaf). Andaikata terjumpa rakan-rakan di Kemaman ni insyaallah aku akan hebahkan pasal blog kita ni. Oklah rakan-rakan kalu gi Kemaman boleh singgah rumah aku no tepon aku 013-9043594 e-mail dai_tech@yahoo.com.
Akhir kata , wa cayalu Ramzi.........

Ikhlas dari,
Abu Kassim(UC) & Raja Fatimah (UG)

Keluarga Hj.Abu Kasim _ Hjh Raja Fatimah

Salam , buat Hj Abu Kasim terima kasih krn mengirim gbr familinya melalui email aku dan dimasukkan di blog ini, password dah aku bg sms padamu . Inilah famili Hj Abu Kasim sekarang, yg selebihnya biar lah Hj Abu Kasim cerita sendiri. okay jmpa lg...Ramzie UD

Khamis, 2 Julai 2009

Kenangan Unit D



Gambar di atas dr kiri Norhisham Klate, Basri Phg, Jumri Phg, Md Asri Perak, Mohd Zaidi Phg,Rosli Sulaiman S'gor, Amran Ganu,Ramzie Ganu,Mazlan Safar Kedah.
Barisan depan dr kiri Afizah Ahmad Phg, Sarimah Atan Johor, Masetah Kedah, Zaleha Ismail Ganu, Zurina Ahmad PPinang, Juzliza Mohamad N9,Normah Noran Melaka, Faridah Lajis Melaka, Azmiah Sarani S'gor... di mana korang semua berada sekarang...yang belum sertai blog ni..



Gambar ini dipaparkan untuk mengingatkan kembali kenangan unit D 91/93 , aku harap saing2 unit D yang belum masuk lagi blog ni dapat menyertai kita semua ...ayuh unit D marilah kita sama2 memeriahkan blog ni.. ramzie UD.


XPDC Redang..Pendidikan Luar..

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 1, dr kiri Mat Rosdi UB, Aku(Ramzie)UD,Hairul AnuarUE,Mohamed Donik UE,Rostan UE, Mohd Zaidi UD dan Mat Zafri UC , gambar ni dirakam di Pulau Redang semasa program pendidikan luar klu dok silap pd tahun 1992..masa tu baru nok start berkayak ke Perkampungan Air Pulau Redang..loning ni kampung itu sudah tiada lg telah dipindahkan ke daratan pulau 2 km dr jeti.
Gambar 2, aku ingat2 lupa dah yang perempuan siapa nama mereka nok sebut kot salah nama maklumlah gambar gelap skit tp wlpun gelap, si Mohamad Sulaiman UF yang panjat pokok tu masih lg jelas aku nampak..sori mamat jangan marah..aku rasa rakan2 masih lagi kenal mereka2 dlm gambar tu.... drp Ramzie UD.

Dalam kenangan ..Pengakap Maktab pek,pek,pekkkk...


Gambar pengakap maktab semasa latihan senjata ..senapang pinjam dari kem tentera Padang Midin..inilah barisan hadapan yang mempertahankan maktab daripada serangan musuh..jangan marah weh gurau aje tuuu..Kenangan yang tidak dapat dilupakan.. drp ramzie UD.

Rabu, 1 Julai 2009

gambar keluarga semasa raya bersama Pak Sedara Mona.Bekas MB Ganu

kenangan semasa hari raya aidil fitri.

gambar kawe ketika berada di Bukit Safa


Semasa menunaikan fardhu haji sempat gok bergambar atas bukit Safa di dalam Masjidil Haram. Kenangan abadi selamanya. Dpd Hj.Wan Mohd Zil Hj.Wan Salleh & Hjh Mona Losani Hj.Ab.Rashid.

kawe nok join jugooook

Terima kasih berbanyaklah diucapkan kepada Bos Ramzie, di atas susah payah demo mempertemukan kita semo di arena blog ini.Kpd unit B terutamanya Yahya ,Amir dan Nasir Kenangan bersama kalian semasa di Nibong tetap dalam ingatan ku.Tapi aku tetap Soho dan Luarbiasa di antara kalian.keh keh keh.jangan mare. masa kawe tengoh sohor keta ada 4 buah Merce,Tropper V6,Proton Wira dan Kenari tapi balik mekah kawe udah jual merce,sedar diri sikit.dunia belaka. Alhamdullilah.Syukur pada Allah.keta tu dalam garaj rumah kawe.tq


Semoga ingat kawe lagi. ore sohor unit B ( Tuan Haji Wan Mohd Zil pensyarah PJ di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu sekarang.) tepon 019-9149897 & 017 -9379232


Ini gambar aku dan mona (unit G pra sekolah) depan Masjid jamek ja'aronah ketika niat umrah.

Buat Tn.Hj.Wan Zil ,Tahniah dan terima kasih krn memeriahkan blog ni...drp Ramzie

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini