Ahad, 28 Jun 2009

Tahniah dapat pingat PPT

Salam buat Mail PK Unit A(UA)...aku sebenarnya terkejut besar ingat ke Sultan Mizan Ganu, Agong Kite lening tu yang masuk blog ni, 3x tengok mcm sultan mizan agi, bila klik besar gambar baru lah muncul wajah mu yang handsome , skit2 lama makin jelas rupa mu. Aku ucapkan tahniah krn mu dianugerahi pingat PPT. Ohya PPT tu singkatan pingat apa. Cuba mu cerita gok skit di ruang blog ini bgmana mu boleh pingat tu, biar rakan2 kita telopong mendengarnya. ..okay tksh krn sudi masuk gambar mu ..aku dok ssangka mu sememangnya orang hebat...jumpa lg

drp Ramzie UD.

KELUARGA TEMAN



A,kum rakan-rakan semua. Teman doakan kome semua sukses. Dah lame teman ikuti blog ini, buat Romzie tahniah kerana usaha mike ini. Buat rakan-rakan semua khususnya unit A, kalu datang ke Perak, datang-datanglah jenguk teman di Kuala Kangsar.
From Ismail b. Ahmad Nordin ( Mail Pk ) 019-4282010

Sabtu, 27 Jun 2009

Kek Hari Lahirku......

SALAM SILATURRAHIM.
Kawan-kawan semua aku kini telah berumur 39 tahun. Sempena hari lahirku pada hari ini (27 Jun 2009) kawang-kawang tolong doakan agar aku bertambah sukses dalam semua bidang kehidupan di dunia dan berjaya di akhirat. Maaf kawang-kawang kerana korang semua hanya dapat tengok gambar kek aje tapi tak dapat rasa. Sekian untuk kali ini .



SALAM SILATURRAHIM.
Kawan-kawan semua aku kini telah berumur 39 tahun. Sempena hari lahirku pada hari ini (27 Jun 2009) kawang-kawang tolong doakan agar aku bertambah sukses dalam semua bidang kehidupan di dunia dan berjaya di akhirat. Maaf kawang-kawang kerana korang semua hanya dapat tengok gambar kek aje tapi tak dapat rasa. Sekian untuk kali ini .



Buat Yahaya , .. selamat hari lahir buat mu moga murah rezeki,amin.. ramzie.


PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN

S entiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya
.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri..Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Sekian, Selamat Mencuba drp Rahimi Harun Perlis.



..Tahniah dan ribuan terima kasih krn memasukkan info yang bagus dan berguna untuk rakan2 kita semua memang betul ramai yang tidak pasal telefon itu termasuk aku he,he,he...
Tapi klu bagus lagi dapat nyatakan siapakah gerangan tuan hamba yang menghator ini... drp Ramzie..

TEPI !!!!!!!!! ORANG PERLIS PULAK NAK JOIN

Salam ,

mula sekali tahniah pasai batch kita ada blog .........terutamanya kepada ramzi . Aku ni Rahimi Harun. Bukan Ahmad Rahimi .. dia tu senama dengan aku saja tapi size lain dia kurus tapi aku la ni setakat pak Ya tu aku ingat boleh celen la. Ingat dak, kalau tak ingat aku bagi pembayang... orang paling bising dalam batch 91/93 . sekarang aku jadi guru yang kurang ajar.... pasai masa mengajar sikit.. mengajar di SK Telok Kechai jalan kuala kedah alor star. Kalau ada kawan -kawan yang datang ke sebelah utara ni call lah aku ..siang malam 24/7 ..HP 0124800636 nak mai rumah lagi bagus.. tapi call dulu lah senang aku nak jamu hampa cicak goreng ka ..kura-kura bakar ka.. katak panggang semua ada huh.. sedapnya.



..Terima kasih buat Rahimi Harun krn masuk blog ni , pah ni ator gabor famili mu pulak..drp Ramzie..

Jumaat, 26 Jun 2009

Bukit Kepong


Assalamualaikum Ramzi dan rakan-rakan....
Sabtu lalu (20 Jun 09) ,aku mengiringi lawatan sambil belajar ke tapak bersejarah -Balai Polis Bt. Kepong ,Muar. Aku bertindak sebagai jurugambar.

Kawan-kawan yg bertandang atau datang ke Muar,Johor bolehlah singgah melawat kalau sempat.Dari Tol Pagoh kira2 setengah jam saja.

Mat Ju/Zul Unit A
0136891272

Rahimie Jerantut UE & Alimin UG

r Salam rakan2 m3p, disini aku masukkan gbr saing2 kite , Rahimie Jerantut UE & Alimin Jerangau UG. Gambar ni dirakam baru sebentar tadi (11.49mlm -25 jun 09) semasa aku pergi jumpa dia orang kat Kuala Terengganu makang nasi dagang. Rahimie datang mesy kat KTrg ( 24- 26 jun 09 ) manakala si Alimin tu 'dikerah' datang oleh Rahimie dari Felda Jerangau ke K.Trg . Syabas pada mu Alimin krn sanggup dtg wpun 1jam pjlnan dari rumah mu semata-mata berjumpa rakan lama . Aku ngan dia wpun duk Ganu tapi jarang jumpa ..Bila jumpa byk perkara dibincangkan pasal zaman maktab dulu , seronok gok sekali sekala jumpa member2 ni. Sekian lu , jumpa lagi.. drp ramzie , 26 jun 09 - 01.25pg.

Khamis, 25 Jun 2009

Mintak maaf banyak2 pada yg hantar Gambar "Jangan Tiru Seperti Rakan Anda"

Aku memohon ampun dan berbanyak maaf pada rakan kita yang memasukkan gambar bertajuk "Jangan Tiru Seperti Rakan Anda" terpaksa dipadamkan gambar tersebut. Ini kerana ada rakan2 dan anak2 kita yang trauma dan ngeri melihat gambar tersebut. Aku harap sebarang gambar ngeri dan melibatkan sensitiviti rakan2 dan anak2 rakan lain tidak dipaparkan.
SEKALI LAGI AKU MEMOHON BERBANYAK MAAF PADA YANG MENGHANTAR GAMBAR TERSEBUT DAN TERIMA KASIH MEMERIAHKAN BLOG M3P9193 INI.

drp Ramzie , 25 Jun 09, 2.15ptg

Rabu, 24 Jun 2009

Bertemu kembali......sibuknya minggu ni.

Assalamualaikum, apa khabar semua....bertemu kembali. Dah beberapa hari tak jenguk blog ni..sibuk sikit sbb kena gi kursus literature kat ppd, cik abang pulak kursus pj....3 hari lak tu. My only daughter pulak gi tanding kuiz kesihatan kat ppd hulu langat....mana nak siapkan pelaporan mid year exam budak2 lagi sbb 26 hb hari terbuka sekolah....penat jugak rasanye lbh2 lagi dah masuk 40an ni. Tapi dah namenye keje cikgu, camtulah.

Seronok gak baca cerita kengkawan....mcm2 perkmbgn. Tapi harap ade ramai lagi ahli UF yang dpt join. Buat Mail, bagus la dah sambung belajar...izan ngan khirul pun camtu gak. Kak Zam ni, alhamdulillah....dah abis dah .....konvo OUM Ogos thn lepas..interview pun dah lulus. InsyaAllah awal thn depan selesai semua kut. Tu la...nak tolong bagi hint assgment...course lain la pulak...TESL, sbb masa mohon tak layak course BM. Mana taknye awal2 posting dah jadi "teacher"... sampai pencen la nampaknya. Tapi rasenya ramai gak yg tukar option. Teringat pulak kat Dalilah....masa daftar OUM 4 thn lps ade jumpa kat KL, dia ambik course Math. Tapi masa konvo tak jumpa pulak.Ok la ....stop kat sini dulu. Buat yang sedang sambung belajar.....teruskan ...ijazah....master.. sampai PHD kalau terdaya. P/S.. izan, insert gambar family ye....Kak Zam n family nanti menyusul.

Salam dari Wak UB


Salam buat semua.Khusus buat unit B.. masih ingat lagi dengan Wak. Saya baru dipindahkan ke sekolah baru, SK Kampung Medan, Kuala Langat, Sel.Tune tak perfect lagi. Selamat bertemu lagi... Jemadin Bin Ayob (013278148)

Isnin, 22 Jun 2009

Mencari Kawan2 Yang Sambung Belajar Di Oum


Salam semua. Diharapkan semua sihat belaka.Wah makin meriah blog ni.Tahniah aku ucapkang pada Ramzie.Apa khabar kak Zam,ijan,zainudin,khirul dan kawan2 yang lain.Aku pung setuju jika diadakan reunion semula pelajar m3p 91/93.Tempatnya mestilah kat ganu kite.


Dikesempatan ini juga,aku nak cari adatak member2 yang sambung belajar dengan oum.Aku ni ambilan julai tahun lepas.He he..dah tua2 baru nak belajar.Kalau ada bolehlah kita berkongsi2 maklumat dan asignment.Aku amik major bm,minor pj dan pk.


Kalau ada contactlah aku..016-696 7574


Dari Ismail Mohd Hatta unit F.

Pasukan Koir Maktab Pasir Panjang



Kawan-kawan....
Atas permintaan Mat Nor U.A,sekali lagi aku lampirkan 2 keping gambar klasik pasukan koir maktab yg banyak meninggalkan kenangan. Mat Nor....mu buatlah kawad cam...

Yang ternganga sebelah aku tu...Azhan...yg kemudiannya kena reject sebab suara sedap sangat.Sorilah ye....gambar serong .Cameraman amatur.

Mat Ju/Zul Unit A

Jgn lupa klik kat gambar utk besar/terang

Salam..

Jalan2 di Karachi masa transit kat sana.



Subhanallah... hanya Allah swt yang tahu indah dan syahdunya di sini..


Masjid Nabawi di kota Madinah Al-Munawwarah



Bertemu kembali... 15 hari teman di tanah suci mengerjakan umrah...alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Bahagia dan syahdu tidak terkata berada di rumah Allah.... Balik cni 17 Jun 09... seronok tengok perkembangan blog kite-kite ni.... makin meriah. ++ lg dah ada kaum hawa yang joint. tahniah. best gak dapat jadi pelopor bagi kaum hawa. Haa... macam tulah.... biar sesibuk mana kita.... kecanggihan teknologi terkini jangan kita pinggirkan.... Cewah!

Sebenornye teman kat sekolah jadi guru dokumentasi dan multimedia jugak pegang pusat akses sekolah. pasti orang-orang sejawatan dengan Ramzie tahu keje teman. Punye le bersemangat bukak blog ni apabila diberitahu tapi baca asyik orang laki-laki je yang hantar, bila pulak turn orang pompuan. Terpakse le teman start dulu hari tu....

Amboi, bergaya sakan abang mie n famili.... Ingat lagi ke kat teman ni??? Ramai jugak kengkawan Unit C yang teman ada no tipon. Sebulan dua lepas ada jumpa mat nor khairi. Macam biasa dia jadi orang kuat GPMS. Rahimi, wan zaki, romizah, norli, aziah, taufik, razak teman ada no tipon deme. Hamzah teman ada jumpe n ada no tpn dia masa smbg belajo dlu tp skrg dh hlg. Kgkwn Unit C yg lain, pe he senyap je?? Mehle kite ramai2 joint! mana amran, mana shah, mana kak ju, mana abe le???
Apapun, thanks skl lg buat ramzie.

Salam Perkenalan Kembali Warga M3p 9193

Salam , jumpa kembali setelah lebih 15 tahun tanpa berita.
Tahniah dan terima kasih kerana mengusahakan bolg ini. Moga persahabatan lama dapat dieratkan kembali. Jika ada rancangan nak buat reunion jangan lupa contact teman kat sini.
Untuk infomation, teman sekarang kat PPD Klang, Unit ICT dan Data sejak dari 2005.
Teman nak dengo kabo teman serumah kat Kapar dulu . Amran, Che Hanizan, Nuar dan Hashim. Kat mana korang? Hashim ada jugak jumpa. yang lain tak dengo berita. Begitu juga Teman serumah kat Pasir Panjang. mana korang Fendi, Mail, Zuraidi. Hashan selalu jugak jumpa. Kalau sesiapa tahun No.Tel diorang tolong masukkan dalam blog ini boleh. Satu lagi Ada tak sesiap yang tahun no tel abang Roslan Kelantan dan Najib Desa. No Tel dorang teman dah hilang sebab tukar telefon. Terlupa apa berita rakan-rakan Unit C ? Mana korang semua ? Hamzah, Shah, Ayu dan Nazri, juga lain-lain.
Sekian buat kali ini. Yang diatas gambar keluarga teman raya 2008
Azmi Kamal Mat Lazim
019-2926337
azmi_kamal@yahoo.com
azmi.kamal@webmail.moe.gov.my

sambungan

Mana kawan-kawan yang lain ?Mere pasir mas,mere mercang,mamat gege,norazan,norizan,mat jo,(sekadar beberapa nama)...........
Macam-macam cerita da.......mere pasir mas dengan cerita basnya,mat jo dengan peristiwa ke hospital selepas penamaan calon,roslan mencari air waktu malam di bandar kt kerana darurat....
Mat zan,aku belum bayar lagi sewa tidur rumah kau dulu.Kalau tak silap aku dengan mat nor ganu.Aku banyak kali ke masai dan pasir gudang,tapi tak tahu no tel kau.Kita jumpa lain kali.
Di sini juga aku mohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan,maklumlah masa tu budak lagi...kurang cerdik.sekarang hampir cerdik.Kalau ada yang terhutang bolehlah maklumkan.
Sekarang dah tua,kena insaf,hidup mahu aman.Klau ada kawan-kawan turun kl,boleh kontek aku,boleh sembang.


mail golok

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

SMS yang baru kami terima...PENGUMUMAN HARI BAPA.Semua bapa layak tuntut rebet tunai dr Isteri anda bmula jam 10.00 mlm ini. Bapa2 yg memiliki Isteri berusia 18-29thn blh tuntut 3 kali.30-45thn 2 kali.45thn keatas 1 kali. MENOPAUSE tdk layak menuntut. Ikhlas Sabri Unit B

Perkembangan Baik

Hai kawan-kawan....dan blogger Ramzi...
Aku gembira kerana kaum hawa dari unit F dah join blog ini. Ini satu perkembangan yang baik.Kepada Norizan dan Raja (PKU Unit F) ,aku kenal ko....hantarlah gambar baru dan klasik.Mudah-mudahan reunion kita nanti termakbul.

Mat Ju /Zul Unit A


Buat Mat Ju _UA , mu dok sah sebut aku ini sbg blogger , sebut ramzie aje..aku bukanlah pandai sangat tentang blog nin , untk hasilkan blog boleh lah skit2 , itu pun aku belajar kat Sabri Senior Ganu 90/92.. aku bukannya hebat sangat weh.. mung lagi hebat aku rasa lahh...drp Ramzie UD.

Ucapan terima kasih & Tahniah pd Raja Zamatullakhmar & Norizan A.Aziz UF

Terlebih dahulu aku mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kpd Raja Zamatullakhmar bt Raja Edua dan Norizan Bt Abdul Aziz drp Unit F ( UF) kerana memberi sokongan dan memeriahkan lagi blog ni. Respon yang bagus drp rakan2 perempuan amat2 lah saya alukan krn sblm ni blog rakanmppp9193 ketandusan suara coretan darinya .Semoga dapat hebohkan lagi blog ni pd rakan2 wanita yg lain lagi... jumpa lg ... drp ramzie UD

Sabtu, 20 Jun 2009

Salam pertemuan

Assalamualaikum,

Bila membaca blog ini terkenang zaman belajar dulu. Suka duka di m3p terbayang di mata. Terima kasihlah pada Romzie yang berusaha membangunkan blog ni. Sebenarnya dah lama nak menulis dalam blog ni tapi banyak beno kerja.

Saya, Norizan Abdul Aziz, wife Khirul Anuar. Dulu saya belajar dalam Unit F. Harap-harap ade le kengkawan yg masih ingat lagi kat kita. Hai Kak Zam, apa kabo? Mane kengkawan kita yg lain ye . Tak de dengar berita apa.

Amboi Mail, dah jadi warga Johor ke sekarang ni? Saya pulak kena keluar dari Johor. Apa nak buat. Cik Abang I tu, sayang sangat kat sekolah dia. Tak mau tukar sekolah sejak dari posting sampai la hari ini.

Untuk pengetahuan, saya mengajar kat Sekolah Kanchong Darat, Banting. Kalau turun Banting singgah le rumah kami.
Alahai, tengok lirik lagu maktab , teringat saya sewaktu menjadi ahli koir maktab. Selalu nyanyi lagu ni bila ada aktiviti maktab. Tapi la ni, saya dah lupa pulak tune lagu tu.

Ok la, stop dulu kat sini. Ada masa saya menulis lagi. Bye.

Unif F......ingat Tak pada saya

Assalamualaikum.Petang tadi saya dapat call dari Izan Abd Aziz ( wife Khirul Anuar) beritahu pasal blog ni. Yang create blog ni, bagus la sbb mungkin dengan cara ni dapat jumpa semula kawan lama....rasanye dah hampir 16 tahun sejak keluar dr m3p. Bila tengok gambar mail hatta, khirul, zek (zainudin) teringat kenangan lama.Mail, dah 3 anak ye, comel la wifenye. Ni...saya ni Raja Zamatullakhmar....korang punya PKU masa kat unit F tapi member dari unit lain kenal lagi ke? maklum la masa kat maktab tak famous. Sori la tak dapat insert ape-ape gambar.....lain kali ye. Sekarang ni ngajar kat ujung kampung......SK Tok Khalifah, Parit 13 Sg Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor....pernah dengar tak? Kalau nak pegi Tanjung Malim dari sini dekat dah....45min aje. Oklah, setakat ni dulu. Member yang nak contact terutama dari unit F....sila-silakan la....0132604347. Jumpa lagi.

tahniah....blog bebas politik



Assalamulaikum Blogger Romzie..

Tahniahlah mu tukor tajuk bab stadium tu....takut nanti ada yang bagi respons dok disangka-sangka. Aku sokong blog ni bebas....merentasi kurikulum.

Atas permintaan Mat Nor.....ni aku lampirkan 2 keping lagi gambar klasik

1. Makan sate bersama Mamat dan Mat Nor.. Sebelah Mat Nor yg nampak hujung kepala tu...Mak we lama dia...ehem.nanti Fini tak bagi makan Nor?

2. Bersama member selepas malam kebudayaan. Norazan dan Rosli skrg kat mana ye??Mat Nor ni member sebumbungmu...contactlah..jgn diam je.Hujung tahun nk reunion ni..

Mat Ju/Zul Unit A

Khamis, 18 Jun 2009

Wisma Raja Chulan 1( WRC 1)

Ini bukan pertandingan pakaian beragam tapi sempena Mesyuarat Agung Tahunan WRC1... setiap ahli rumah diwajibkan memakai pakaian yang pelik dan kreatif.... ini lah antara secebis pengalaman yang aku tak dapat lupa...banyak lagi gambar yang masih tersimpan baik sebagaimana tersimpannya memori indah di kepala otak aku...
Kepada kawan-kawan yang serumah jangan marah kerana menyiarkan gambar ini tanpa kebenaran kau orang......
Duduk:
Hairul Anuar, Sagap, Razak...
Berdiri:
Mat Noor Gege, Mat Pin, Rosdi Amit, Kelana, Dnang, Rashid, Shukor...

Agak2 siapa yang post gambar ni ye......?

Rumah Baitul Nur





Assalamulaikum kawan2....izinkan sekali lagi aku berkarya...

Kali ni tentang rumah sewaku yang dalam kenangan iaitu rumah Baitul Nur. Sebelah je dengan kedai Yah. Selalu jadi tempat persinggahan budak-budak maktab...dan tak leh nak elak dari kena oriented memandangkan lokasinya di tengah-tengah Pasir Panjang.

Ahli-ahli 90/92 ialah Pok Ya,Wan Mustafa,Asri,Sabarudin dan Rodizam. Pas tu...91/93 mari pulok.Muncullah aku,Wan Zil...Zaini Ninggal..Zainudin dan Md. Nor (kedah).Ku kirimkan beberapa keping gambar ahli baitul Nur di samping Arwah.....luper namanya?)

Gambar2 ni kekal keklasikkannya.;
Gambar 1.
Gambar ni ketika kami betul-betul keletihan
lepas habis musim orientasi.Aku.Din,Zaini dan Wan Zil

Gambar 2.
Selepas selesai minggu orientasi...agaknya senior nak pujuk dan amik hati
kami,,depa bawa kita pusing-pusing K. Terengganu.

Gambar 3 .
Kemesraan mula terjalin di antara junior dan senior...
Sampai main pijak2 pulak. Baju merah mcm menahan
berak tu...Rodizam.

Terima kasih blogger Ramzie memberi aku ruang. Next time ada lagi.....

Mat JU/Zul Unit A
013-6891272 /zulkiflinbf4172@yahoo.com.my
Kalau nak tengok lebih jelas...klik kat gambar...nanti gambar besar

Rabu, 17 Jun 2009

Gambaq lama...












































Hai teman2. hari ni aku lampirkan beberapa gambar lama....
- Minggu pengurusan m3p
91/93 kat Pulau Duyung.
(wan zil ada,Ramzi,amran dll)
- Gambar kaum adam Unit A
kat Pantai Batu Burok
- Gambar Pasukan Kawad
kaki Unit A
- Persembahan malam
kebudayaan dari Unit A


daripada Mat Ju/zul unit A
013 6891272
zulkiflinbf4172@yahoo.com.my

KALAU NAK TENGOK GAMBAR BESAR...KLIK KAT GAMBAR....terang

Selasa, 16 Jun 2009

SOKONG ADAKAN REUNION DI KT & PERIHAL RAMAJAH

Assalamualaiqum member2.
Aku buka blog ini & syukur nampaknya semakin maju krn byk saeng2 dah masuk blog ni. Catatan 16 jun, gambar Mat Nor tu aku ingat sapa sbb masa kat mktb duku kurus kekek le ni dah kembang tp confirm mmg mu dah rasanya Mat Nor.
Terima kasih kpd Mail Hatta krn catat no hp Hashim Enjo UC. Kpd Mail Golok, aku ingat mu bergambor dgn mek mu kat Golok. Aku ingat lg mu kawad mcm robot, member2 tahan perut suka cara mu kawad masa tu.
Kpd Yahyaa mu ingat sohor tu gambor dpn skolah gong nangka. Mung dok singgah rumah aku gi ke kt ye padahal banglo aku letaknya di laluan kuantang ke trg.
Kpd semua mesti ingat lg akan Ramajah Sabah. Aku lupa nok crita sblum ni. Aku jupa dia masa aku ngajor kat Pekan krn dia datang ke rumah cikgu sama sekolah dgn isteri aku yg masa tu mereka sambung belajar. Tak silap aku tahun 2000. Dia beri salam kpd aku tp masa tu aku tak perasan dia dan selepas amati dia adalah Ramajah. Aku kata pd dia pandai mu bg salam. Dia kata telah masuk Islam. Syukur aku pd masa tu. Tapi skrg lost contact. Minta tolong membyer2 contact jika dpt utk join blog ni.
Mintak juga member2 tulis nama & unit selepas menulis coretan atau karya masing2. Aku sokong sepenuhnya jika adakan reunion kat kt. Cadang tempat saja di mana2 kat Kt tu. Warung Saari tepi mktb ( leni SM Sains KT) pun ok rasanya.
Setakat ni saja dulu. Ada crita n brita boleh tulis lg. Akhirnya mohon ampun kiranya member2 terasa akan coretan ni. Kalu ada itu hanyalah gurauan drp aku.

Salam n t. kasih .........................................drp Amir & Zaharila UB

Atas Permintaan Kawan-Kawan



Salam semua.. gambor ini diambil semasa balik bercuti di Terengganu pada hujung tahun lepas.
Biasa la tu shopping kat Noor Arfa Batik, Chendering. Antara tempat wajib pi shopping bagi mem setiap kali balik bercuti selain Pasar Payang. Sekian.....

Isnin, 15 Jun 2009

TERIMA KASIH KPD RAKAN2 M3P

Aku mengucapkan ribuan terima kpd rakan m3p 9193 yang baru masuk blog ini, begitu juga yang masuk ruang bual sembang m3p kerana memeriahkan blog ini..Namun aku berharap semoga rakan2 m3p 9193 terutama golongan wanita@ kaum ibu dapat meluangkan skit masa atau minta izin ngan suami tersayang untuk memasukki blog rakan mppp 9193 ni..tapi kalu berbalah hingga tmpt tidur tu jangan tebeng(paksa) ah....Harapan aku juga semua unit dapat masuk blog ini dan untuk makluman semua aku tidak ada apa2 kepentingan dalam mewujudkan blog ini cuma aku harap dapat myambung kembali silahturahim antara kita ....

Terima kasih Buat Yahaya

Yahaya , gua caya lah lu.., wpun dok jupe ngan aku mu sanggup berpanas terik bergambar di depan sekolah kat pejabat PKG Marang,t.ksh juga pada bini mu kerana sporting gi ke situ,. moleknya mu ambil gambar ada label PKG Marang,.. kebetulan pada 11hb jun 2009 tu, aku berada di Melaka bercuti bersama kaum keluarga, memang aku tak duga mu sanggup cari jabat aku tu..Dok dam jugok aku nok ajak mung makang kepok lekor, sambil minum air tuak/kelapa nira kat Kg Kelulut, Marang, atau lempeng nyiur kat Kg Rusila,Marang tu...Terima kasih banyak2 kerana mu sudi bertandang ke tempat aku tempohari.

Mail Golok dah contact aku




Salam kawan2. Syukur,.kawan2 rapat yang dicari semua dah dapat contact. mamat gege..Azhan..Mat Nor..Mail Golok (nama sebenarnya- Ahmad Lazim) dan ramai dari unit lain.Bayangkan terputus contact sejak 1993 ......2009..lama tu! Mail Golok...muka bini mu macam muka makwe lama aku..

Harap2 member2 dari unit lain pung cuba kumpulkan member2 join blog..Supaya reunion barjaya. Unit A yg dah dapat dikesan...mamat,mail golok,samsun,ruzita,amir,azhan,azhar,mahzom,azmang,uda,faiza..kita cuba seret Kak Idah,kak su,Adik Su,Zura,Khir,Khusaini,Sabri,Norizan, dan lain2. Kukirimkan 3 keping gambar

TAHNIAH RAMZIE

Aku ni lama tk msuk blog ni...sejak blik jupa ramzie thn lepas d seremban then lpas tu dpt la contact beberapa org kawan lama maktab dlu temasuk mar arop, ajak husin ( unit c), rahimi bahaudin, dan bberapa org len...tahniah la ramzie kerna usaha keras die wujudkan blog ni dpt smbung blik hbgan yg dah terputus d tengah jalan....smga rancangan nk wat reunion jg la..aku sokong sangat2 ...aku ngn milah insyaAllah pasti g nya...lg cantik wat kt k tganu ....bole imbas kenangan lama dlu.....
aku tgh cari no tepon rizal pak kasim kampung raga , geng2 WRC 2 n WRC 1 n sapa2 member unit D . sapa2 ada tlg la bg...amboi lama tk contact....lost .....sapa ada sms ja mai kt aku...0194233801 (adnan)

Salam Mesra Sahabatku

Salam buat semua bekas warga mppp 91/93. Tahniah buat saudara Ramzie kerana mengumpulkan kembali rakan-rakan lama yang banyak kenangannya semasa di m3p dahulu. Buat masa ni sahaja coretan saya setakat ini. Insyaallah lain masa akan saya sertakan gambar keluarga buat tatapan rakan-rakan. Sekian , wassalam. Maklumat kami yang terkini, adalah saya Khusaini Amir Puteh Wahab(016-6223061)smk ampang pecah 44000 kuala kubu bharu dan isteri tercinta, Ruzita Saidin(016-2312764)sk ampang pecah 44000 kuala kubu bharu, di alamat no.5 jln berlian 4B/2 tmn lembah damai, 44100 kerling selangor, Unit A 91/93 MPPP.

Ahad, 14 Jun 2009

KEMBALI BERTUGAS

Salam untuk semua,

Dah lama tak buka blog ni. Masa awal-awal dulu rajin juga. Tapi tak banyak respon drp kengkawan semua. Last sekali saya buka, asyik keluar muka Hashan je.... Tetapi, lepas Ramzie kirim SMS bagitau alamat blog yg baru, saya lihat dah banyak responn drp kawan-kawan.

TAHNIAH kpd Ramzie.... sekurang-kurangnya kita semua dapat juga berinteraksi di alam maya. Seronok betul dpt membaca pelbagai cerita dan perkembangan drp kengkawan.

Saya nak cadangkan kpd Ramzie.............Apa kata, cuba plan satu perjumpaan pada hujung tahun ini bulan Disember kat Terengganu macam yang dibuat oleh senior kita tahu lepas. Dptlah juga kita semua berjumpa kembali selepas 15 tahun terpisah.

SELAMAT BERTUGAS KEMBALI setelah cuti-cuti Malaysia selama 2 minggu.

Drp: Khirul Anuar Bin Ishak (Unit F)
Banting.

# Gambar kenangan semasa di rumah Zainudin di Bandar Darul Aman bersama Rizal Pak Kasim(unit D)

Sabtu, 13 Jun 2009

MUNGKINKAH ITU SENIOR @ SUPER SENIOR KITA?

Mlm tadi semasa aku makan di sebuah gerai di Kuala Selangor datang seorang hamba Allah menyapa aku, "Pasir Panjang?" aku mengiyakan dan soalan yang sama juga diajukan kepada isteri aku, "Pasir Panjang?" , isteri aku pun mengangguk. Tanpa memperkenalkan diri dia terus berlalu. Aku pun tak sempat nak tanya siapa dia kerana agak terkedu bila ditanya soalan begitu. Aku dan isteri aku pun membuat kesimpulan mungkin itu super duper trooper senior kita yg pernah melayari blog ni. Jika benar maka, matlamat blog ini untuk mewujudkan SILATURRAHIM memang sangat berjaya. Tahniah buat mu Ramzie....

Jumaat, 12 Jun 2009

Terima Kasih Ramzie

Lupa perkenal diri.

From;
Mohd Nor b.Ahmad/Shafini Idrus (Unit A 91/93)
2260 Lorong Mutiara 8/4
Taman Mutiara 1B,
09700 Karangan,Kulim,
Kedah.
013-4253445
012-5839816

Terima Kasih Ramzie

Assalamualaikum...
Pertama sekali tahniah pada Mat Marang atas inisiatif mewujudkan blog ni. Kawe dok Kulim balik Ganu jarang2 sekali pun dok tingat nok gi jumpe mung...sori bos dok tau nak ricki mu ada mana. Dengan adanya blog ini harap kita menjejak kembali member2 maktab kita yang hilang gua mana pun tak . Mat JU muar pun aku dapat contact melalui rakan serumahnya di JB dulu. Doh besor macam tu jugok budok tu. Sekian dulu buat try......
masihhhhh

Selamat Datang Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia Buat Ramzie Sekeluarga.


Salam Rakan-rakan MPPP KT 91/93. Gambar ini aku ambil ketika Ramzie dan keluarganya bercuti di Melaka pada 10 jun 2009.Lokasinya ialah di Menara Taming Sari.Maaf gambar ni kurang jelas sebab pakai kamera hp je.Nanti gambar2 pada Ramzie lebih jelas.
Terima kasih pada Ramzie dan keluarga kerana sudi meluangkan masa bersama keluarga saya walaupun masih penat kerana baru sampai dari KL.
Pada Amir ni no hp Hashim 0136495112 dia ngajar di muar.
Sekian dulu untuk kali ni.Tq

Dari Ismail Mohd. Hatta unit F 91/93



Buat Mail Md Hatta , aku ucapkan berbanyak tksh di layanan begitu mesra yg kau berikan semasa aku bertandang ke Melaka , kau sanggup tunggu aku hampir satu jam utk berjumpa mata dgn aku dan keluarga aku sedang jam sudah pkul 11.00mlm dan mu hendak pulang ke Muar pd mlm tu. Pah tu ada buah tangan pulak mail beri...dok sah...beri ah..teima kasihhh..pd mlm itu aku baru sapai bersama 20 org ahli keluarga berkonvoi 3 kereta dr KL terus ke Melaka , cuti2 Msia le..


Bergambar di Dataran Taming Sari, Keluarga Aku ngan Mail




Bergambar bersama kaum kerabat aku bersama keluarga mail , yg tua sekali adalah ayah aku, dan sbhg lagi yang tak sempat bergambar pada mlm tu..dok muat kamera..

dr ramzie 15 jun 2009 2:57am

SEMALAM DI KUALA TERENGGANU SINGGAH SEBENTAR DI MARANG 11 JUN 2009


Singgah seketika di Marang dalam perjalanan pulang ke K.Selangor dari K.Terengganu. (Bercuti di Daerah Kenangan bersama-sama keluarga) Tak dapat makang kepok lekor dengan mu, bergambor depan PKG Marang pun jadilah....................

Khamis, 11 Jun 2009

Amir....aku tahu Hashim di mana

Amir.........
Masa aku ulangkaji karya mung yang lepas,,,,aku terbaca mung lening tengoh cari member serumah termasuk Hahsim....Baru aku teringat.Hashim kat Muar. Dia ngajor kat....(confius)sama ada Sk. Bakri Batu 5,muar atau Sk. Parit Setongkat,muar. No. tel aku tak de.Kalu tel 103..mintak no tel sekolah tu.....bereslah...

Mat Ju Unit A

Rabu, 10 Jun 2009

AKU BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum.Syukur kita masih diberi kesempatan untuk bersua lagi.Cuti sekolah ini aku n family ambil kesempatan pulang ke kampung aku di Terengganu dan kampung isteri aku kat Kedah.Banyak pengalaman menarik yang aku nak cerita.Tapi terlebih dahulu aku minta maaf kepada kawan-kawan semua kerana aku tak sempat nak mengunjungi kalian.Rochie, masa aku di Tganu, dia masih kat Kelang.Mat Nor Shafini , masa aku ada di Kedah dia pulak balik ke Tganu.Rumah Adnan n Sabariyah yang dekat dengan rumah mertua aku pun aku tak gi.

Aktiviti aku n anak sulung aku mestilah gi memancing.Masa kat Tganu , aku gi memancing kat Masjid Terapung.Bestnya..... yang pastinya dapat ikan.Besar atau kecil tak penting.Balik ke Kedah,sawah padi kat belakang rumah......cantiknya.nak memancing kat sawah, ikannya hanya haruan, puyu atau keli.Tapi aku n aku punya biras pi memancing kat kolam berbayar.Dapat jenahak bapak besar......Sedap makan ikan fresh ni.Sesiapa yang minat memancing bolehlah join dgn aku.

Hampir 2 minggu aku bercuti, ptg tadi aku pulang ke jengka.Rindu pulak pada ikan kaloi, kelisa,liko dan bermacam jenis ikan lagi yang ada aku pelihara di rumah.Talapia yang kat dalam kolam kat luar tu dah boleh ditangkap dah.Aduh sedapnya kalau masak asam tempoyak......

Kepada Mat Ju,kenapalah mu tu asyik dok komen pasai orang je.Uda, bila lagi nak datang ke Semenanjung.Amir n Zaharila jemputlah datang ke rumah.Rambutan blum masak lagi, kalau buah salak, adalah kat belakang rumah tu.Ramzie , mu tinggal kat tmn kalungan melur ke.Kenal tak dgn Cikgu Rosaidi(SMK Lela Segara) nisterinya Cikgu Wan Salawati.Kawan orag rumah aku tu.

Kepada kawan-kawan lain yang namanya tak di sebut di sini.Kalau ke Jengka, hubungilah aku.

aku....Azhar

sembang bual m3p

utk rakan2 m3p , ruang ini utk sembang di alam maya, anda perlu taipkan nama dan mesej pah tu klik Go, bg yang sedang bersiaran langsung dengan rakan2 , penerima hendaklah klik refresh utk baca mesej penghantar ..okay selamat sembang bual .. dr hotel brisdale KL..10 jun 09 ,1.36am

Isnin, 8 Jun 2009

Dapatkan contact ( ke arah reunion)

Assalamualaikum kawan-kawan...

Dalam masa yang singkat sejak ada blog ni,aku dapat dah beberapa no. tel rakan2 dari unit A:

1. Aku ( Mat JU) 013-6891272
2. Azhan - 012-9615304
3. Azhar/Mahzom - 019-9183583
4. Mat Nor/Syafini - 013-4253445
5. Mamat Awang gege 013-9255404
6. Faiza 013-9324188
7. Uda pemburu 019-8495248
8. Mail Golok 0199813930
9.Khusaini Amir 0166223061
10..????? tolong masukkan (pergi ke edit pos-cari tajuk-edit-pos

Juga rakan dari Unit lain:
Unit B-
1. Sabri - 019- 9056682
2. Wan Zil 019- 9149897 (and MONA)
3. Yahya - 0196439924
4. Wak Jemadin.....?????

Unit c-
1. Syah Jehan....????
2. MURAD -0199676235

Unit D-
1. ADNAN- 0194233801
2. RAMZI MARANG- 0199347380
3. AMRAN - 0195615988
4. LAN PIRUS - 0194343540
5. RIZAL/MAT AROP PNG- 0194813094
6. ZAIDI MUSTAPHA - 0123318512
Unit E

Unit F
1. zainudin 0134882995
2. AHMAD ARIFFIN/MAT PIN - 0196417588
3. CHE HANIZAN- 0124779193

Unit Pra:
1. Alimin 019-9532006
2. Sabariyah -013-4465025 (sabariyah...tolong dpatkan no. member hang)
3. Mimi Aida ....???

Kalau sudi,,tambahkan ye......apa2 unitpun (pergi ke edit pos-cari tajuk-edit-pos )

GAMBAR KELUARGA YAHAYA YANG DITUNGGU-TUNGGU

Salam silaturrahim dari perantauan ( ha! ha! ha! acah je...sesekali nak perasan). Akhirnya gambar penuh keluarga aku keluar jugak kat blog ni. Semoga kawang2 dapatlah kenal dengan bini aku (macam pernah tengok jer...tapi kat mana ye, he he....). Sekian...wassalam...jumpa lagi nanti...bye...

RESPONG TTG KEPOK GONDEL OLEH YAHAYA N UDA S'WAK

Assalamualaiqum. Aku tengok gmbar kepok gondel mcm kuih kayu kamat yg biasa kita makan di kedai dkt stesen bas K.Trg. Sdp makan dicicah degn air teh O. Kepok gondel tu kalu makan panas2 mg sedap tp kalu dah sejuk kerahh ketong, cicah air pun dok jd menda. Tp masa maktab dulu bahang semacam je.

Uda sebenarnya masa sblum masuk maktab kejanya pemburu manok jantan bertelur. Mmg dia hebat tanpa sebrg senjata. Pada 5 jun lalu Sukrie (Rochie) ada datang rumah aku, mlm tu dia sekorga tidur kat Teluk Cempedak. Dia masih maintence mcm dulu sama mcm mu dlm gmbar mung pook. Anok mu berbaju merah tu sebiji ikut muka mu. Saeng2 serumah Wisma Al Amin yg belum dpt contact lg iaitu Rizal, Rahim, Hashim, Abu Kasim & Rosli.

Sekian. Jumpa lagi........................ AMIR

Menjenamakan Semula Blog MPPP9193

Hebahkan kepada rakan-rakan , URL blog kita dah bertukar kepada rakanmppp9193.blogspot.com dengan tujuan memfamiliarkan dan memantapkan lagi blog kita terima kasih.

Sabtu, 6 Jun 2009

Gambar Keluarga Amran Unit D


Anak bongsu umur 4tahun





Gambar keluarga Merang aku ambil ni panas2 lagi sudah tangkap gambor ini(6 Jun 2009) aku terus masuk dlm blog. Gambar ini aku ambil semasa Merang datang bertandang ke rumah aku di Tmn Kalongan Melor, Rhu Rendang, Marang,Trg. Sebenarnya aku royat lama dah ke dia suruh msk gambor dlm blog, mungkin ia sibuk tak semp at nok buat. Loning Merang sudah jadi warga Kedah, bini ia org kedah dulu Unit E kat maktab kite. Anak ia yang sulung 10 thn, 8thn dan 4thn..Aku malas crite lbh2 pasal dia , biar lah dia royat sendiri pasal keluarganya, dia kata nok tulis sendiri dlm blog ini, jangan lupa dah lah, basa sungguh Merang ni puas aku kabor blog ni wujud, last sekali aku wat masuk gambor dia ,moga saing2 kite semua dapat tengok guano dah dia loning. Buat Merang sekeluarga aku ucapkan ribuan terima kasih krn sudi bertandang ke rumah aku...... ramzie, 6 Jun 2009.

Jumaat, 5 Jun 2009

Blog RakanM3P umpama Jejak Kasih Atas Talian

Assalamualaikum....
Aku ucapkan terima kasih kepada blogger kita,Ramzi kerana menyambungkan persahabatan aku dengan beberapa orang sahabat lama. Yang terbaru....salah seorang Wanted yang aku cari (Mamat Unit A) baru call aku setelah terputus hubungan sulit sejak 1993. Yang lain2 tu lum dapat dikesan kot. Mungkin menyorok kat hutan Thailand dengan Chin Peng.

Yahya.......boleh tahan anak murid kau tu....
Uda.....kau kan glamour dulu.....pembunuh anjing bersiri!!!!
Mail Hatta,,result dah kuar...amacam?
Sabri Kelate, demo kreatif..
Mat Ju Unit A 91/91 0136891272,Muar,Johor

KEPOK LEKOR KUALA SELANGOR

Kat sini pun ada kepok lekor gok, tapi dok same lah dgn kat tengganu banyok ikang. Kepok lekor kat sini kalu makang panas2 o.k la tp kalu dah sejuk mau patah gigi dibuatnya. Ramzie kalu mu datang sini aku bawak makang kepok lekor ni kat Tg. Karang.

Khamis, 4 Jun 2009

Selamat Datang ke Pekan Marang, Ismail M.Hatta


Gambar ini aku ambil pada 4 jun 2009 di Pekan Bandar Marang bersama Ismail Mohd Hatta ngan keluarga di tepi sungai marang. Mail bersama rombongan sekolah isterinya , berkonvoi kereta datang ke Ganu dan menginap BTPNTrg( 1.5km dr pejabat aku ), aku ambik kesempatan ini berjumpa ngan nya.Gambar atas adalah gambar keluarganya berrlatar belakangkan Sungai Marang, port utama ke Pulau Kapas..tentu rakan2 ada kenangan di Pulau Kapas..
...Ramzie , 04 jun 2009.





AJARAN SESAT




Patutlah pelajar- pelajar tak nak datang...kau ajar ajaran sesat cuba hang tengok kat belakang kau bukan ajar BM ttp Math yang dari dulu dan sekarang mmg ia benci tambah lagi diajar dalam bahasa penjajah yang datuk dan neneknya amat membenci ttp kita disebaliknya...maaaf ya gurau...sabri

Rabu, 3 Jun 2009

AKU & MURIDKU...

Salam Silaturrahim buat semua x student m3p 9193. Kali ni saya paparkan gambar aku dan anak-anak murid yg nak ambik spm tahung ni. Aku ngajor BM dan kesusasteraan melayu form 5. murid2 yg bergambar dgn aku tu yg dtg kelas tambahan pd 3/6/2009. kira2 separuh je yg dtg yg lain terutama budak2 lelaki tak dtg. Ada urusan lain kot... sekian buat kali ni... gambar bini aku? Tunggu.......

salam member2 m3p


korang masih ingat aku tak?uda unit A 91-93/aku ni taklah seglamor yang lain.sekarang btugas kat smk serian 94700 sarawak,sejam je dari Kuching.puas aku cari alamat emel dan telepon korang semua.lama terputus hubungan .klu jumpa pun dua tiga orang je.itu pun susah payah nak dapat.rindu nak dengar cerita klga korang semua..aku masih steady dan slim.ha.ha.ha.ha emel aku-uda9703@hotmail.com atau uda9703@gmail.com-hp 0198495248
ini gambar kami sekeluarga
(uda/nani/rabiah/azizul/azizi/azizah)
salam

PELIK TAPI BENAR


Anak kucing bermata satu telah dijumpai oleh seorang pekerja TNB di Masjid Tanah Melaka dekat kampung isterimu Amir. Muka dan telinganya mirip kera, bagaimanapun ia cuma hidup 24 jam saja. catatan sabri unit B

Selasa, 2 Jun 2009

Buat Abe Sabri, Yahyaa & Mat Ju

Assalamualaiqum kpd semua saeng2. Tq Sabri paparkan gambar keluarga mung. Tahniah krn juara bilangan anak plg ramai setakat ni. Guana W.Zil tak sertai blog ni. Aku britau doh ke dia. Anok puang sulung mu sebiji mcm muka mu.

Tq Mr. Ramzie

Terimakasih Ramzi mung kabo alimin duk mane. Mudah-mudahan dah junpa jodoh.Sabri...demo memang kelaslah. Terkejut beruk aku tengok gambar aku masa St. John dulu.

...minta tolonglah kawan-kawan semua.Tolonglah dapatkan aku contact 5 orang sahabat baik aku dari kelate/tgganu ni.Semua tahu kami dulu memang rapat. Beliau ialah.....jeng jeng jeng.....
1. mail golok (sem. 2 pindah ke Maktab KB) ....019-9813930
2. Mamat (Md Awang Ngah)
3. Azhan
4. Megat (unit A 92/94)
5. Md Nor Cabang 3
Kami terputus hubungan sulit sejak keluar maktab.

...jom join blog ini. Geng-geng rumah sewa....member2 dari kaum Hawa pun,..jom join. Unit Pra sekali.. Mat Ju/Zul Unit A

PUTERA & PUTERIKU



CAMERON HIGHLAND 2007


























SEMASA BERCUTI DI TERENGGANU TAHUN 2001

ISTERIKU???

Tungguuuuu.........................................

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini