Assalammualaikum wbt...
Gambar ni sebenarnya diberi kepada aku oleh kak Zaririna...bendahari pengakap terulung. Diberi sebagai kenangan kerana aku tak dapat bersama mereka sewaktu ekspedisi berakit (sehingga kini aku belum pernah berakit). Lupa pulak aku mengapa tak dapat turut serta...kemungkinan besar aku terlibat dengan pestarama...wallahualam. Dalam gambar ini juga...teringat juga tentang tutor aku (Unit E)...Haji Wan Yaacob...yang sangat tenang, lembut dan sangat-sangat mengambil berat. Bagi Tuan Haji Khairuddin...seperkara yang masih aku ingat dan pelajari sehingga hari ini...ialah keazamannya menepati waktu yang diamanahkan kepadanya...beliau amat mengutamakan masa bagi kelas yang diajarnya. Dalam fikiran dan hati kecil aku...terus tertanya-tanya...di manakah guru aku berdua ini sekarang? Apakah aku masih boleh berjumpa dengan mereka? Masih berkesempatankah aku menghubungi mereka? Mudah-mudahan ada di kalangan rakan yang dapat membantu aku! Apa-apa pun didoakan agar mereka berdua dan guru-guru lain yang pernah mengajar aku di maktab M3P sentiasa selamat... di dunia dan akhirat serta diberi kesihatan yang terbaik...Kepada pensyarah yang berbeza pandangan mata dalam gambar tersebut...lupa pula aku namanya....mungkin Encik Wong....kalau salah haraf maaf dan mohon diperbetulkan. Sekali lagi terima kasih kepada kak Zaririna kerana memberikan aku gambar kenangan ini...kak zaririna bukan sahaja seorang kakak yang baik tetapi juga seorang penasihat yang mulia...
Aku...
MD.ZAN BIN ABU BAKAR
PKG Pasir Gudang
0 ulasan:
Catat Ulasan