Zalim terhadap
1. Manusia pada Tuhan.
2. Manusia terhadap fizikalnya.
3. Manusia terhadap dirinya dan hartanya.
4. Manusia terhadap manusia lain.
5. Manusia terhadap jawatannya
6. Manusia terhadap ilmunya.
7. Manusia terhadap perasaannya/roh.
Ayat Alquran yang bermaksud:
"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya."
An-Nisa: 40.
surah ali imran ayat 117
Ayat Quran yang bermaksud :
" Tuhan tak zalimi mereka itu tapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Zalim yang selalu di sebut orang ialah manusia zalim pada manusia. Tuhan kata Tuhan tak zalim manusia tapi manusia zalimi diri sendiri."
Ada 7 aspek. Mengikut kehendak Tuhan.
1. Zalim peringkat tertinggi iaitu seorang manusia zalim dengan Tuhan. Iaitu tak kenal Tuhan. Tak cinta dan tak takut Tuhan. Tak peduli kepada Tuhan. Termasuk kita, ingat Tuhan waktu susah, lupa waktu senang, jika waktu senang pun susah kita nak ingat Allah, apalagi waktu sakit! Jika waktu sihat pun kita tak mampu ingat Tuhan, waktu kaya, waktu lapang, waktu kuat pun kita tak dapat ingat Tuhan, bagaimana waktu sakit, waktu susah, waktu sempit, waktu lemah?. Apa pun kita nak buat mestilah berkait dengan Tuhan. Mana ada orang islam lagi yang betul-betul cinta dan takut pada Tuhan! jika ada seberapa? Dah la kita ni zalim, pastu nak minta Tuhan hancurkan musuh kita, walhal kita pun bertindak macam musuh Tuhan.
2. Yang berkait dengan fizikal. guna mata, telinga ,mulut, tangan, kaki dan lain-lain mengikut kehendak Tuhan. Jangan kita guna untuk derhaka dengan Tuhan. selalu kita guna anggota kita itu selain Tuhan, kita guna mata, telinga, hidung, tangan dan kaki itu dan seluruh fizikal kita untuk sakitkan manusia, tipu manusia, aibkan manusia, mengumpat dan banyak lagi.
3. Berkait dengan hartanya. Jangan guna harta sesuka hati, termasuklah diri kita ini sebenarnya milik Tuhan. Harta kita guna bukan untuk jalan yang hak! tapi guna untuk benda lain.
4. Zalim manusia sesama manusia. Menzalim manusia lain. Pukul dia, kata dia, hina dia, caci dia, buka aib dia dan lain-lain. Yang ini yang selalu di perkatakan orang. Ini yang selalu di hebohkan. yang zalim 1 hingga zalim 3 itu tak di perkatakan orang langsung. Tak masuk tv.
5. Zalim yang ada hubung dengan jawatan. Contoh PM, presiden, pengarah, pengurus dan lain-lain. Buat sesuka hati mereka dengan jawatan. Zalim ni. Ni pun orang bising. Nampak PM tak betul, yang pengarah itu tak betul dan semunya tak betul belaka. Tapi salah sendiri tak nampak. Walau sekecil mana pun jawatan, mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Orang kecik suka suluh orang besar. Padahal sama sahaja.
6. Zalim manusia terhadap ilmu. Ada orang dapat banyak ilmu, ada dapat sikit ilmu. Sama ada banyak atau sikit tapi guna untuk kepentingan diri di anggap zalim juga. Masuk neraka juga. Sekarang ni orang salah guna ilmu. Untuk kepentingan diri, nama, glamor, cari makan. Ini tak di besarkan juga.
7. Zalim manusia dengan rohnya/hatinya. Ini pun orang tak sebut. Patutnya perasaan ikut kehendak Tuhan. Sedih kerana tak takut Tuhan. Sedih buat dosa. Tapi tak berlaku. Yang sedih, isteri/suami tak sayang aku. sedih aku masih belum punyai teman, Sedih sebab sakit, sedih sebab harta hilang, sedih sebab kerana artis pujaan kalah dan banyak lagi yang sedih bukan kerana Tuhan. Perasaan kita sudah salah gunakan. Nafas turun naik tak ingat Tuhan, zalim tu. jika perasaan itu kita gunakan untuk Tuhan Baru lah sesuai dengan ikrar kita kepada Tuhan, Sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku untuk-Mu Tuhan. Boleh gila kalau memikirkannya. Nak baca tasbih pun teragak-teragak-agak sebab banyak berbohong, dosa dengan Tuhan.
0 ulasan:
Catat Ulasan