Khamis, 24 Disember 2009

REUNION - POHON MAAF PADA SEMUA RAKAN M3P 91/93

Assalamulaikum w.b.t

Merujuk kepd tajuk di atas, aku memohon ribuan ampun dan maaf kpd rakan2 semua akibat kelemahan aku tidak mengadakan reunion utk korang semua pada tahun ini.
Banyak perkara yang tidak dapat aku elakkan terutama bila bekerja waktu pejabat ini ( Pejabat PKG )
-kekangan masa dan waktu malah terpaksa bertugas pada hari minggu spt membuat dokumentasi kamera still dan video untuk even2 utama negeri dan kebangsaan, tugasan dari Bhg. Teknologi Pendidikan Negeri Trg dan Jabatan Pelajaran Negeri Trg serta PPD.
-Semester September 09 baru ni, aku sibuk menyiapkan kerja projek serta tesis terakhir OUM BIT , utk terima ijazah pada 14 Nov 09 yg lalu . Biar lah kata org tua2 baru nok belajar , nok guano seruan tu baru mari , kpd rakan kita sudah habis belajar dan lama dah bergelar graduat aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.
-Baru-baru ini Terengganu di landa wabak taun yg membawa kpd seorang kematian dan beratus lagi yg mengidapnya ,sehinggakan pada satu masa wad2 d HSNZ KT penuh sesak ngan pesakit taun pd masa yang juga penyakit denggi pun ada yg kena tp tdklah seteruk taun. Semua daerah telah dijangkiti cuma daerah besut dan kemaman kurang skit kesnya, yang paling teruk K.Trg dan Marang.Itu salah sebabnya aku tangguh.
-Baru-baru ini juga banjir melanda di Terengganu jd aku mungkin banyak masalah jika aku teruskan , suasana mungkin tidak semeriah seperti yang dikehendaki.

APA -APA PUN AKU MOHON JUTAAN MAAF DARIPADA KALIAN SEMUA KRN TDK DPT MENGADAKAN REUNION KALI INI, INSYA ALLAH SEKIRA DIPANJANGKAN UMUR DAN SIHAT TUBUH BADAN TAHUN HADAPAN KITA RANCANG PULAK.

0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini