Isnin, 10 Ogos 2009

semoga semuanye sihat & dilindungi Allah

Assalamualaikum.....buat semua yang masih mengikuti blog ni. Memang dah agak sunyi sikit tanpa cerita terkini. Maklumlah tuntutan tugas dan pelbagai komitmen yang sentiasa tak berkesudahan. Saya pun agak sibuk gak..naknye UPSR dah tinggal tak sampai pun sebulan lagi.Tiap2 minggu murid2 tahun 6 sibuk dgn ujian. Apalagi kenalah menanda kertas, bincang jawapan, kelas tambahan....semuanya sbb nak maintain @ tingkatkan % qliti dan qtiti UPSR. Nasib baik lah GB tak pressure sangat..."buat apa yg cikgu fikir terbaik..apa juga keputusannya kita terima..janji usaha dulu"... oklah tu kan.Saya rasa kengkawan yang lain pun tgh sibuk jugak kot.Tapi keje2 juge...belajar2 juge... kesihatan kena jaga juge ye.Semoga semuanya sihat dan dijauhkan dari penularan H1N1 yang hanya Allah saja tahu makna disebaliknya. Mudah2an kita dilindungiNya dan moga kita juga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama saja lagi.Okla setakat ni dulu...sekadar mengisi ruangan yang dah agak sepi.Buat Ramzi t.kasih ye. Buat kengkawan UF... sesekali tu join la blog ni, boleh gak tau perkembangan you all.*********Raja.

0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini