Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan kita masih diberi nafas untuk bertemu dengannya.Kepada semua rakan2 tak kira di mana jua berada, selamat menjalani ibadah puasa ye. Semoga ramadhan ini mengajar kita lebih sabar dan tenang dalam menghadapi kehidupan di dunia sementara menunggu giliran menemuiNya semula.Saja menjengah ruang blog pagi-pagi ni...almaklumlah tak payah sibuk nak buat sarapan. Dah sahur kan..first day pulak tu.Kadangkala teringat juga suasana ramadhan sewaktu menjadi warga m3p dulu...berbuka ramai-ramai...terawih di dewan...seronok betul..tapi sejak berbelas tahun ni masing-masing dah ada keluarga sendiri tentu keseronokan berbuka dan bersahurnya berbeza lebih-lebih lagi kalau anak ramai...meriah.Tapi macam saya yang hanya ada anak sorang ni, kalau nak meriah kadangkala berbuka dengan ipar duai, itupun time cuti je la.Buat semua, mudah2an kita semua sihat sepanjang berpuasa ni dan bersederhanalah dalam segala hal berkaitan dunia namun berlebihlah dalam segala hal berkaitan akhirat (macam ustazah lah pulak). Tapi tak salah kan kita saling ingat mengingat (diri sendiri pun kena ingat jugak. Lastly, buat rakan UF terutama yang pompuan, mana agaknya kalian ..??? Marilah join sbb dulu ajak I tapi sekrg i sorang2 aje...Raja @ Kak Zam.

0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini