Rabu, 24 Jun 2009

Bertemu kembali......sibuknya minggu ni.

Assalamualaikum, apa khabar semua....bertemu kembali. Dah beberapa hari tak jenguk blog ni..sibuk sikit sbb kena gi kursus literature kat ppd, cik abang pulak kursus pj....3 hari lak tu. My only daughter pulak gi tanding kuiz kesihatan kat ppd hulu langat....mana nak siapkan pelaporan mid year exam budak2 lagi sbb 26 hb hari terbuka sekolah....penat jugak rasanye lbh2 lagi dah masuk 40an ni. Tapi dah namenye keje cikgu, camtulah.

Seronok gak baca cerita kengkawan....mcm2 perkmbgn. Tapi harap ade ramai lagi ahli UF yang dpt join. Buat Mail, bagus la dah sambung belajar...izan ngan khirul pun camtu gak. Kak Zam ni, alhamdulillah....dah abis dah .....konvo OUM Ogos thn lepas..interview pun dah lulus. InsyaAllah awal thn depan selesai semua kut. Tu la...nak tolong bagi hint assgment...course lain la pulak...TESL, sbb masa mohon tak layak course BM. Mana taknye awal2 posting dah jadi "teacher"... sampai pencen la nampaknya. Tapi rasenya ramai gak yg tukar option. Teringat pulak kat Dalilah....masa daftar OUM 4 thn lps ade jumpa kat KL, dia ambik course Math. Tapi masa konvo tak jumpa pulak.Ok la ....stop kat sini dulu. Buat yang sedang sambung belajar.....teruskan ...ijazah....master.. sampai PHD kalau terdaya. P/S.. izan, insert gambar family ye....Kak Zam n family nanti menyusul.

0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini