Khamis, 17 Disember 2009

Mohd Hairul Anuar dari Sitiawan Perak.



Assalamualaikum WBT......

Abang-abang dan kakak-kakak, saya Hairul @ Pak Sue Unit E memperkenalkan diri diruangan blog ini untuk mengingkap kembali nostalgia 91/93 di m3p. Izinkan saya coretkan kembali lagu m3p dalam kenangan, saya dan Sufian selalu menyanyikannya di Wisma Raja Chulan 1 & 2.

Di sini kita bertemu
Lantas terbinalah sebuah kisah
Kau dan aku, ikatan yang mesra
di bawah bumbung sebuah menara

Kita menangis bersama
juga riang ketawa
namun semua itu
hanyalah sebuah kenangan

oh mppp kau dalam kenangan
begitulah hakikat kita

oh mppp impian dan harapan
setiap anak bangsa
tercintaaa.....

Kalau tersilap tanya APAI, di manakah dikau? Wahai APAI.

Terima kasih Ramzi atas usaha mu yang murni ini. Semua gambar kenangan di maktab musnah bersama banjir kilat melanda Puchong semasa saya bersama Rahimi Harun UC, Pak Kasim UD, Mohamed UF. Blog ini amat tersentuh dihati. Bila abang Mie Jerantut call, Kak Alfiah & Reha SMS, saya terus buka internet dan cari blog yang dimaksudkan. Akhirnya terdaya buat ku coretkan sesuatu dalam blog ini.

Apa khabar sahabat yang lain?. Lyn di selatan, Apai kat KL, Kak Fathiyati, Kak Ros, Mat Zan, Seli, Rostam, Azan, Zul, kelanaaaa dan semua unit E. Kalau ke pulau pangkor call saya.

Saya tengah sibuk dengan laman web syarikat, laman web sekolah pun belum dikemaskini lagi, baru tadi guru besar call. ok, layarilah http://www.skses.edu.my/ dan syarikat belum siap lagi lah. http://www.macsports.com.my/. HP 019-5722243. Jumpa lagi.




0 ulasan:

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini