Rabu, 22 Oktober 2008

Gambar Unit MPPP 91/93 sem 3_ part 2



Gambar Unit MPPP 91/93 sem 3



Assalamulaikum rakan2 mppp 91/93
Disini saya masukkan gambar2 unit semasa semester3 untuk tatapan semua sebagai kenangan, pohon maaf andainya ada yang tidak setuju ngan gambar tersebut ..maklumlah mungkin ada yang tak kacak @ tak cantik..jangan saman malu dah.. ramzie abdullah, unit D.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Terima kasih saudara Adnan Kedah

Terlebih dahulu aku ucapkan ribuan t.kasih pd Adnan Kedah kerna kesudian memasuki blog ini , aku amat gembira rakan2 dapat menulis berita , cerita & gambar untuk tatapan semua rakan yang memasuki blog ini. Aku juga mohon maaf bukan niat aku membesar-besar diri pandai buat blog ,ni pun Saudara Sabri PKG Manir (90\92) yang ajar tu. Tujuan aku tidak lain tidak bukan hanya untuk menyambung silaturahim rakan2 maktab 91/93 dan yang lain2 , maklumlah bila dah bekerja masing2 haluan lain-lain . Sebenarnya aku sama masuk PKG pada tahun 2004 manakala Adnan 2005 tp di pringkat Kbangsaan mahu pun kursus ant. neg tak pernah jumpa . jumpa2 di seremban .
Aku harap Adnan dapat hebohkan blog ni kepada rakan2 91/93 yang di kedah tu atau pun d mn2 terutama yang perempuan lost contact . sekian jumpa lagi .. klu ke ganu tu contact lah aku..ramzie abdullah pkg marang

Isnin, 13 Oktober 2008

ADNAN( dnang kedah ) DAN KELUARGA






Salam ...trima kasih byk2 kat ramzie sbb perkenalkan aku kat blog ni..klu tk aku tk tau mana nk cari member2 lama yang dah terputus hubungan...Untung jumpa ramzie semasa Konvensyen PKG di seremban pada 6 hingga 8 Oktober ari tu...dah dpt juga jumpa geng maktab M3P termasuk senior dan junior termasuk sudin, amir dan sabri tganu (90/92)

Untuk pengetahuan smua aku skrang bertugas di PKG Bukit Jenun, Pendang Kedah...mcm ramzie gak dan beberapa org member maktab lain dlu aku posting d slangor ngan Mat Pin unit F dan Sabariyah ..kami bertiga satu skolah.. masa d selangor dok jumpa gak la member maktab...tp sejak balik kedah jarang jumpa member maktab...dok jumpa amran tganu (unit D gak) je tu pun jarang2..korang mesti kenal die....yg len ilang entah ke mana .....lan pirus ada gak jumpa....die dok d skolah area sungai petani.....mcm dlu gak die....amran berubah bykkk......

Crita pasal aku n family mcm ni la...aku kawin ngn sabariyah unit G ( korang kenal kot tgk gambar atas tu..) ala vokalis nasyid unit G tu....dah jodoh....cinta bagai nk rak...kah kah kah....anak kami baru 3 jer...2 puteri 1 putera...kami dlu posting satu skolah d sk taman melawati ( jgn jeles) ngn mat pin Unit F .....tk sangka kami 3 org satu skolah.....smpai la ni aku dok contact mat pin...die dah wat master...apa-apa hal korang nk contact aku 0194233801....tp tahniah la pada ramzie pasal mulakan blog ni....klu tk susah la nk jumpa blik

Ahad, 12 Oktober 2008

rakan M3p PKG
















Gambar ini adalah bekas2 MPPPKT yang telah menjadi Peg PKG , gambar ini dirakam semasa Konvesyen PKG Kebangsaan Ke-7 2008 di Hotel Sri Bintang , Seremban pd 6-8 Okt 08. Gambar kiri En Sabri Ismail PKG Manir , Trg ( sesi 90/92) , En Sudin PKG Bandar Mentakab, Phg ( sesi 92/94) , En.Adnan PKG Bukit Jenun , Kedah ( sesi 91/93 ) , En. Mohd Ramzi Abdullah PKG Marang, Trg ( sesi 91/93 ) , En. Amir Shah PKG Alor Gajah , Melaka ( sesi 92/94 ). Gembira jumpa rakan2 nin , kami setuju bergambar supaya rakan2 yang dapat ketahui dimana kami sekarang , anda bagaimana , masuklah gambar2 anda tidak kira lah memegang jawatan apa pun , janji kita dapat erat silaturahim, amin..

Ahad, 5 Oktober 2008

kepada ahli unit A yang ada gambar kumpulan sila hantar ke blog ini untuk tatapan semua.

bentong,pahang

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini