Ahad, 31 Mei 2009

boleh agak tak keluarga siapa.....akulah Sabri unit B

Gambar Pewaris Generasi











Buat Yahya dan Che Amaluddin

Aku tengok awak- awak semuanya bersemangat...ini mungkin berkat kebahagian yang dibina bersama keluarga dan anak- anak semua.
Sorry buat Ramzie krn aku terlewat utk ucapkan berbanyak terima kasih kerana berjaya membina blog ini yg dapat menjalinkan tali persahabatan yang dah lama terputus..mungkin aku terlalu teruja dan lupa jasamu maaf...
buat teman- teman yang datang ke Kelantan jgnlah malu hubungi aku 0199056682 insyaallah apa yang aku mampu dapat disediakan..sekian sabri

MENCARI SAHABAT LAMA

Sekiranya ada sesiapa yang mengetahui di mana Afizah bt. Ahmad (UNIT D 91/93)berada tolong maklumkan dalam blog ini. Sudah lama saya mencari beliau tetapi tidak berjaya menjejakinya.


..Sahabat lama yang demo cari itu satu unit ngan aku , insyallah kalau dapat maklumat ttg dia aku akan war2 kan dalam blog ini..tapi hrp dapat demo kenalkan diri supaya komputer rakan mppp kite dapat scan demo..terima kasih krn sudi sertai blog ini.......Ramzie , 01 Jun 2009.
Salam.....
First, nak ucapkan tahniah n syabas kepada sdr. ramzie atas usaha gigih lagi murni mewujudkan blog untuk kite-kite aje mppp 91-93 seusai 16 tahun berlalu. Sebelum ni dok tengok senior kita punye 90-92, jeles gak! Sape la nak buat untuk kita plk. Alhamdllh ada insan yang sudi meluangkan masa merealisasikan hasrat kita semua. Tahniah sekali lagi..!

Second, tq mahzom sbb frwd msj bg tahu kita dah ada blog. Siap ada gmbr fmli zom n sabariah lagi.... best dpt tengok. Ella pn sama.... best!

Third, bila baca2, alamak, kenapa yang joint semua kaum adam, Kaum hawa tak de pun.... Ca ne ni??? Pada sdr. ramzie dah msj minta pswrd tp termalu la plk nak joint. tapi..... ca ne ekk? htr je lah kan....

Fourth, malu la plk nk kenalkan diri. Cukuplah sekadar 'Ipoh Mali' dari Unit C. Ok ke? Skrg ngjr kat SMK Seri Ampang, Ipoh. Cik Abang, Anush Habib (ingat ke kat dia???) kat SMK Simpang Pulai, Ipoh. Kalau ke bumi Perak, meh la singgah rumah. Masuk tahun ke-4 kat cni, sblm ni di rawang, slngr.

Jumpa lagi.... wassalam.
017 2382708


..Buat tuan punya'Ipoh Mali' jangan le malu2 , blog ini terbuka untuk semua warga MPPP 91/93 kt dok kira kaum Adam @ kaum Hawa, terima kasih byk2 krn kesudian melayari blog ini , biar lah 'Ipoh Mali' menjadi pencetus bg kaum Hawa untuk dituruti oleh Hawa yang lain.Kita sama2 berkongsi crite & pengalaman jika sudi, hrp sudilah ya..jangan lupa masukkan gambar keluarga 'Ipoh Mali' di blog ini .. Kirim salam pada Anush Habib aku masih ingat agi kat dia , dok silap pasal kawad kaki mesti ingat dia.. Harapan aku agar 'Ipoh Mali' -Zuriana Muhamad-tidak serik masuk blog ini lg..
...Ramzie. 01 Jun 2009..

Buat Azhar, Amaludin, Yahaya & Sabri

Assalamualaiqum. Aku dah baca crita mung belaka dan tgk gambar. Kpd ada anok2 yang tok dekor (ramai laki2) boleh tlg ayah mereka terutamanya Azhar. Boleh ajak cop kelapa sawit kat ldg mu yg besor tu. Duduk atas kerusi mcm toker siap ada ang pow raya menunjukkan byk duit mu. Kepada Amaludin n Ela mung kena beranok lg nok dpt anok puang pulak. Tu kedai mu ke jual sarang burung tempua. Kpd Yahaya mung sama dgn aku ada sepsang anok ttp mung makin sihat nampoknya. Mung 3 branak je mana gmbar bini mung.

Cuti ni mung belaka boleh doh nok g ke taman tema air bukit gambang yg di buka 1 jun. Tiket rm 18 dewasa , rm 12 budok2. Aku doh contant Sukri (Rochie), Uda S'wak n Abu Kasim supaya layar blog ni dengan crita terbaru mereka. Sabtu 30 jun aku jupa Azmi (Unit H) kat KIPSAS masa daftar Master isteri aku kat sana. Dia pun skali daftar. Dia ngajor d SMK Sg. Koyan. Masih sama seperti dulu mcm aku maintence.

Kpd Sabri, mung masuk le gambar terbaru bersama keluarga jgn. kedekut pahit. Nok tgk mung makin sihat ke spt dulu lg. Bukan apa doh 16 thun dok tengok. Sekian sj dulu , kiranya tersilap kata atau tersinggung harap maaf byk2 di atas coretan tersebut hanya bergurau aje. Hebahkan ttg blog ni kpd member2 laing yang belum ketahuinya. Wassalam..... drp Amir.

Sabtu, 30 Mei 2009

AZHAR - UNIT A

Assalamualaikum kepada semua yang mengenali.TQ kepada Ramzie di atas kewujudan blog ini.Gambar kat atas tu aku ambil 2 tahun yang lalu.Sorry, gambar yang terbaru akan aku masukkan kemudian. Tunggu.......Dah ada 4 orang anak sekarang.Alhamdulillah.Yang sulung dah 13 tahun dan puteri aku tu 5 tahun.Apa khabar semua geng kat Wisma Al Amin.Setiap kali cuti aku balik tganu.Nak cari kawan-kawan lama tapi ...... jarang jumpe.Sesekali berkursus adalah ketemu tetapi tak sempat nak bercerita panjang.Kepada Mat Ju...makin sihat nampak.Uda di sarawak , apa khabar.Kak Faiz teruskan perjuangan anda kat OUM tu.Mat Nor n Fini , bila kita nak jumpa?.Azura , kirim salam kepada semua rakan kita yang kini sedang belajar di USM.Ustaz Haji Anuar (Bota) , bila nak datang rumah?.Ita n Amir , sihat ke?Rosli n Shihan ,maaf kerana tak dapat nak berkunjung ke rumah kalian.Kalau anda semua ke Jengka,hubungi aku 0199887873.


...Apa khabar orang ganu dah jadi org Pahang, apa2 pun kita tetap org m'sia ..terima kasih tiada terhingga krn mu sudi menyertai blog ini, hrp2 jgn serik lah memasukki blog ini di lain masa..kita jupa lagi di lain temuan...okay...
....drp ramzie 01 Jun 2009.

Unit B

lama tak dengar khabar Fuad sesiapa ada info ttg fuad boleh kongsi. Buat Zahaharila I nak tnya bgm dgn Jamilah teman baiknya duduk kat mana sekarang..kalau ada info I nak tau

YAHAYA & ANAK-ANAK (UNIT B 91/93)

Salam silaturrahim buat semua pengunjung2 blog ini. Teristimewa salam silaturrahim buat semua warga m3p sesi 91/93. Tak lupa salam silaturrahim buat warga unit B, geng praktikum sk Nibung kuale berang(wan zil,amir dan nasir), crew sohok(zaidi,taufik,zailan,razak"big boss",mustafa,amran,wan samsul dan yg lain2 maaf dah terlupe...)
Kat atas tu gambar aku dgn anakku. Yg sulung kembar 1 lelaki dan 1 perempuan, tapi yang lelaki dah 'pergi dulu' semasa dilahirkan tinggallah yang perempuan umurnya 10 tahun. Anak ketiga lelaki umurnya 6 tahun. Mana gambor ibunya? Gambar ibunya nanti dulu(tak muat nak masuk ha ha ha........) Baru la ada suspens....
Utk pengetahuan kawang2 saya kini mengajor di SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor bermula pada 1.1.2002. Sebelum itu saya ngajor di sek. tamil slps posting dari mektab hingga tahun feb 2001. feb 2001 hingga dis 2001 saya ngajor kat SK bandar baru kuala selangor.
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di lain kali dengan gambar ibunya pula he he he.....


....Tahniah buat mu Yahaya krn sudi masuk memeriahkan lagi blog , aku ucap 'takziah' di atas kehilangan anak kembar lelaki mu, aku tunggu gambar isteri spy dapat berkenal mesra lagi..
..drp ramzie.. 1 jun 2009.

Salam buat kenalan

kalau masih ingat saya mohd Sabri dari unit B sesi 91-93. Buat teman yang terputus hubungan saya hulurkan salam utk mempereratkan silatulrahim. hubungi saya melalui email.

Khamis, 28 Mei 2009

TQ ZUL

Assalamualaiqum. Diucapkan ribuan terima kasih kpd mung kerana proses gambar famili aku drp gelap jadi cerah. Aku tahu doh W. Zil jadi pensyarah malah doh gi naik haji. Aku pernah gi rumah dia kat Pasir Puteh, masa tu dia ngajor kat SMK Pak Badul dan masih lagi aktif sbg killer takraw. Masih ramai lg saing2 yang dicontact tak mencoret kisah mereka ke dalam blog ni. Mungkin masing2 sibuk dgn urusan msg2. Setakat ni saja dulu dan sekali lg tq kpd mung. Wassalam.....drp Amir (Unit B)

Rabu, 27 Mei 2009

SALAM SILATURRAHIM DRPD AMAL..

Assalamualaikum warga M3P. Masih kenal lagi ke jejaka Pasir Mas ni?

Amaludin Mahmood. Sekarang dah jadi suami dan ayah kepada 4 orang Amal's ni. Banyak cerita nak dikongsi tapi nantilah kita bicara kemudian.


..Terima kasih pada mu Din terutama pd isteri mu , EIla. ,krn sudi masukan gambar keluarga dlm blog ini , mu tu belajar lah retek nok masuk blog ini. Aku tgok gabar ini kebun buah misteri mane mu bergabar , iyo ko ..bab aku dok pernah tgok buah macam tu..semacam aje nampak .. jage mare wehhhhh..klu ada crite sensesi, terkini boleh coret lagi. Insyaallah di lain kesempatan aku akan coretkan pengalaman aku mengajar di Pulau Perhentian , Besut 2001-2003 selama 3 tahun aku bertapa di sana membawa anak ngan bini sekali, pgalaman bot hampir tenggelam kuala besut semasa hendak menabur ilmu pendidik pd anak Pulau Perhentiaan..oopp ini baru intro nya ..tungggu slpas iklan nanti.....ok bye jumpe lg wehh... drp ramzie.. 01 Jun 2009.

Hai Amir


Kabare Amir...
Mu jadi oghang Ganu le ni. Dok ingak Melaka lagi ker??

Aku dah bbinilah. Tapi sebagai episod pengenalan,aku lampirkan foto tu dulu sebab pen drive aku tertinggal kat sekolah(gambar simpan dalam tu)

Puas aku tengok gambar kau sekeluarga sampai aku zoom semaksima tapi tak nampak .Komputer aku gelap kot..Jadi aku repair sikit gambar kau supaya lebih handsome.Mudah-mudahan lebih jelas dan mak we lama kau terjelir lidah tengok kau...

Masa kat rumah wan zil, aku jumpe Che Amaludin dan Lela(bini dia) .Wan Zil kini pensyarah di IPKB.

Kepada Ramzi, betul ke aku masih handsome?? Sejak tubik maktab, tinggi aku cam tu gok..tapi berat turun naik. Jap naik jap turun.

Selepas ni aku akan kejutkan member Unit A. Aku akan kirim foto2 lama Unit A,lawatan St. John ke Medan dan lain-lain supaya ingatan mereka yang semakin nyanyuk tu..pulih kembali


Wassalam Amir,Ramzi dan semua member m3p 91-93 dan 90-92....

Mat Ju Unit A (Zulkifli Zakaria)

Selasa, 26 Mei 2009

HEBAHAN TTG BLOG INI KEPADA RAKANG2 UTK INFO RAMZIE


Assalamualaiqum Ramzie & Zul Panjang. Aku buka blog pagi ini dan ada coretan drp Zul Pjg serta coretan salam interaksi drp mung ( Ramzie ). Zul dok kahwin lagi agoknya sbb tu gambar dia seorang aje. Aku dah kabor doh ke member2 melalui sms ttg blok ini spt Mamat Awang, Azhar & Mahzom (Unit A), Basri (Unit D ), Nasir, W.Zil, Che Amaluddin & Norlaila (Unit B) serta ramai lagilah kalau jumpa member2 lain lagi. Mung baru seorang je ke anok mu. Aku tgk gambar mu tu.
Mu singgah rumah aku dekat ngan BTP(PSPN) Pahang lebih kurang 150m jer. Dan sesiapa jer member rakan2 M3P 91/93 yg lalu jalan Kuantang-Kemamang boleh helo aku kalu nok datang rumah kat Batu Hitam ni.

Daripada ;
NO. HP : 019 9774115 Amir Kemaman

Terima kasih buat Zul

Aku ucapkan byk2 tksh krn sudi berkongsi crite , mu masih handsome mcm dulu lagi ..bodek skit.. mu tak byk berubah mungkin dok tinggi tp lebar(gemuk) skit ..skit aje..jangan marah wehhh...okay semuga kita berjumpa ..insyallah....kirim pd member2 yg msh mgenali aku.ok bye.

Terima kasih Saudara Amir

Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih krn sudi menyertai blog ni serta mskkan gambar keluarga mu . Sekurangnya aku tahu kat mane mu berada mana lah tau jika ditakdirkan dlm kesusahan dapat lah jugok saing2 tolong. Aku kadang2 kena jugok kursus kat kuantan..tahniah aku ucapkan krn myambut belajar shgga ke peringkat master , tahniah juga anak mu dpt 5A UPSR .Apa2 pun aku ucapkan tksh byk2 kerna sudi berkongsi crite dlm blog ini.

Isnin, 25 Mei 2009

Bertaut Kembali Ikatan Persahabatan



Salam dari saya,Zulkifli Zakaria,Unit A MPPP 91-93.

Tahniah kepada saudara Ramzi yang telah membuka ruang untuk kita berkongsi khabar dan berita.

Kalau member2 dah lupa siapa aku,ini passwordnya (orang paling tinggi MPPP)

Dulu pengerusi St. John selepas Kamal Arifin (Jumpa dia masa Konvo OUM Ogos lepas).S/U aku dulu Manimala. Tak taulah mana tercampak s/u aku ni. Tak jumpa-jumpa.

Satu lagi,dulu aku koir.Yang tengah-tengah tu aku la... Tukang sumbangkan suara.Mana pergi geng-geng koir tu. En. Chan ada lagi kerr?

Sekarang aku mengajar di SK. Sungai Abong,Muar ,Johor.(dekat dengan sekolah Ismail kat Bakri Batu 2).

Kepada member-member dari Unit A, aku memang berharap kita dapat berjumpa lagi. Juga rakan-rakan yang lain dari Rumah Baitul Nur dan semua warga MPPP.Mana pergi Mail Golok???

Tahun lepas aku nak buat Jejak Kasih la konon. Pergi Pasir Panjang. Rupanya cari maktab tak jumpa.Dah jadi sekolah Sains tak silap aku. Kalu ke Kelantan,aku tidur kat rumah Wan Zil ,member se'Totto' aku.

Aku tunggu panggilan jihad dari kawan-kawan.Wassalam....Zul (Mat Ju )013 6891272/zulkiflinbf4172@yahoo.com.my

FAMILI AMIR & ZAHARILA UNIT B







Assalamualaiqum kepada semua kawang-kawang. Mudah2ang kalian semua sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki dengan izinNya. Terlebih dahulu ucapang terima kasih tidak terhingga kpd saudara Mat Ramzie Marang yang berusaha melahirkan blog untuk interaksi semula dgn rakan-rakan yang hampir 16 tahun mengajar di pelosok tanah air.

Aku tahu blog ini daripada Yaya ( Geng Nibong - nama sekolah praktikum di Kuala Berang ~ Wan Zil, Nasir, Yahaya & aku ). Aku ngajor sekarang di SK Balok, Kuantan dan isteri aku di SK Sungai Karang, Kuantan. Rumah aku Taman Batu Hitam Indah dekat tempat peranginan sohor di Pantai Batu Hitam, Kuantan. Aku satu sekolah dgn Faiza Abdullah(Unit A). Di Kuantan member lain pernah jumpa dan ngajor di Ktn ialah Basri (Unit A), Zaririna (Unit E), Zul Kapten(senior), Ayu Yusnita (Nazri) di SK Beladau Kolam, Manir,Tganu.

Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 14 tahun dan 9 tahun. Anak sulung perempuan dan anak bongsu lelaki. Alhamdulillah anak sulung Nurul Amirah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Anak lelaki Muhammad Danish Ikhwan satu sekolah ngan aku. Aku dan isteri ada dapat tawaran Master UPSI jarak jauh bulan 12 tahun lepas tapi tak sambung sebab tak larat tiap-tiap minggu kena berulang ke UPSI (jauh sangat walaupun yuran murah). Kalu ada rezeki lain kali insyaAllah sambung belajar lg. Walaupun masa masa dah berlalu namun begitu MPPP tetap kekal dalam kenangan.




Sori, Mir aku ambil gbr yg zul edit tu masuk kat sini supaya jelas kelihatan.... ramzie

Isnin, 4 Mei 2009

Terima Kasih buat Saudara A.Razak & Ismail

Terlebih dahulu aku mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kalian berdua memasuki blog ini. Aku jua pohon maaf krn mgunakan nama aku 'http://www.ramzie.blogspot.com' sbagai alamat utk blog ini. Aku rasa mungkin salah satu sebab ramai rakan2 kita tak masuk blog ini.Insyaallah aku akan usahakan tukarkan nama blog tu pada rakanm3p9193 pulak ..kalau boleh.., Minta tolong kalian war-warkan blog ni bukan peribadi aku cuma guna nama sahaja , tujuan aku hanya lah semata-mata berhub dgn rakan2 seperjuangan sewaktu waktu dulu di maktab semoga diizinkan oleh Allah S.W.T dapat kita semua berjumpa ..insyaallah disuatu masa nanti.. dan dapat mengeratkan saliturahim antara kita. Kepada rakan2 yang kalu ke K.Terengganu atau ke Marang , hello lah sepatah dua pada aku , insyaallah boleh lah kita minum tea makan kerepok lekor.. okay jumpa lagi..

ramzie, 4mei2009, 3.27ptg.

Jumaat, 1 Mei 2009

Terima kasih buat Abdul Razak & Ismail Mohd Hatta

Terima kasih byk2 aku ucapkan pada kalian berduaan krn sudi memasuki blog ini , hrp tidak jemu menyumbangkan idea ,cerita dan sebagai nya utk dikongsi rakan2 yang lain.
Aku rasa mungkin nama blog ini atas nama aku so rakan2 yg belum masuk lg mungkin ingat ini blog peribadi aku, insyaallah aku akan usaha nama blog tu supaya dapat diubahkan menjadi nama blog rakan mppp kt9193 supaya ramai rakan kita tidak segan nok masuk, maklumlah masa belajar buat blog dulu ngan senior Sabri Ganu 90/92 nama aku didaftarkan, Apa2 pun buat rakan sekalian tujuan aku myambung saliturahim antara kita ... amin..

'Selamat Hari Pekerja'

dari ramzie , 1hb mei 2009, 12.58tgh.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini