Isnin, 28 September 2009

SALAM AIDIL FITRI DARI AMBO ( BACHOK KEL )


Buat kawan- kawan tak kira di mana berada alangkah elok di saat pelajar semakin hampir dgn exam apa kata kalau kita bertukar soalan trial. Buat pengetahuan member semua soalan yg ambo ada soalan trial STPM kel dan kalau member setuju bolehlah contact kawe di sabri_650806@yahoo.com.my. OK jumpa di alam siber

Sabtu, 26 September 2009

AIDIL FITRI BERSAMA RAKAN M3P

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya. Baru-baru ini, semasa Hari Raya ke 3, saya sempat mengunjungi rakan-rakan yang tinggal di sekitar Kedah. Antaranya rumah Rosdi di Jitra. Tahniah kpd hang kerana dah beli rumah ke 2. Ingatkan dah buka cawangan satu lagi. Rupanya...tidak.

Saya juga sempat ke rumah Rizal Pak Kassim&Izah. Dah 5 orang anak rupanya. Rumah pun dah diubah suai. Maklumlah, tukang sendiri. Tak sangka pulak, hari tu Taufik dan Aziah pun ada bersama. Jadi panjang juga berborak hari tu.

Tahniah pada Taufik. Dah jadi pensyarah kat IPGM Ipoh. Aziah pun hebat juga. Mengajar Tingkatan 6 lani. DG 44 hakiki lagi. Syabas pada ko me berdua.

Dalam perjalanan balik dari Penang ke Banting, sempat lagi singgah rumah Anisah Laile kat Sungai Besar. Dapatlah jumpa kawan-kawan lama.

Kepada semua rakan khasnya Ramzie, apa kata kita semua cuba bincang dlm blog ini tentang REUNION hujung tahun ni. Kalau dapat ditetapkan lebih awal tarikhnya, dptlah rakan2 kita sekolah menengah merancang cuti lebih awal. Cikgu sekolah rendah tak da hal. Harap dapat respon semua. TQ
"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir.........."

Drp:
KHIRUL ANUAR BIN ISHAK [khirul2006@gmail.com]
No.3, Jalan Mentari 1B/12,
Bandar Mahkota, 42700 Banting,
Selangor. (013-2259720) (03-31802815)



Isnin, 14 September 2009

Murid vs cikgu...Cikgu vs murid...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Maafkan Cikgu....

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah


Selasa, 8 September 2009

SALAM RAMADHAN

Assalammualaikum WBT.

Lama benar juga tak aku (harap boleh guna ‘aku’ sebagai mengenang kembali zaman waktu kita semua di maktab) lawati blog yang mengembalikan nostalgia kita semua ini. Sekali lagi… tahniah dan syabas kepada sahabat baik aku Ramzi dan abang senior kita Sabri yang terus mengadminkan blog. Aku lihat telah ramai jua yang telah lawati dan turut serta dalam memeriahkan lagi blog khas untuk kita ini. Salam untuk SEMUA. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya. Setidak-tidaknya kita dapat mengembalikan hubungan silaturrahim yang telah sekian lama terputus. “Jejak M3P”.

Kepada sahabat semua… jangan lupa tinggalkan alamat rumah atau sekurang-kurangnya nombor telefon. Siapa tau satu masa nanti kita memerlukannya. Jika tidak hari ini mungkin esok atau mungkin lusa atau mungkin….Kepada sahabat sekelasku Faizal terima kasih kerana masih mengingatiku. Lagu tu masih lagi dalam siaran. Kepada Wan Zil terima kasih jua kerana telefon untuk bertanya khabar begitu juga dengan Uda. Pertanyaan, “Kelana di mana sekarang?” Kepada Rahimi…kau masih seperti dulu…terima kasih atas sms yang selalu dikirimkan. Khas buat rakan di unit ‘E’ kalian semua masih diingatan. Begitu juga dengan keluarga pengakap. Buat Habis Baik. Terima kasih atas sokongan, dorongan, pertolongan dan seribu kebaikan lagi. Kepada yang tahu tentang perkembangan pensyarah kita…jangan lupa beri informasi untuk kita kongsi bersama.

Selamat Mengharungi Ibadah Puasa

Alamat Rumah:

No.17, Jalan Mangga 17,

Taman Kota Masai,

81700 Pasir Gudang, Johor Bahru.

(0197528124)

Rabu, 2 September 2009

H1N1

FAKTA-FAKTA SELESEMA BABI/INFLUENZA A (H1N1)
Fakta-fakta yang perlu di’highlight’ kepada orang ramai

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun bagi mengelak virus yang terlekat pada tangan memasuki badan apabila menyentuh hidung dan mulut.

2. Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak Influenza A (H1N1).

3. Ketahui gejala Influenza A(H1N1) :

>> Demam
>> Batuk
>> Sakit tekak
>> Susah bernafas
>> Sakit badan
>> Sakit kepala

Segera dapatkan rawatan jika anda mengalami gejala ini.

4. Negara yang mempunyai penularan yang tinggi dan berisiko seperti Amerika Syarikat,
Melbourne di Australia dan Manila di Filipina, pemeriksaan kesihatan dan suhu badan
penumpang dijalankan di pesawat.

5. Apabila batuk atau bersin, kita mesti menutup hidung dan mulut menggunakan tisu
atau sapu tangan untuk menghalang titisan cecair pernafasan tersebar ke udara dan
menjangkiti orang ramai.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini