Selasa, 26 Mei 2009

Terima kasih Saudara Amir

Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih krn sudi menyertai blog ni serta mskkan gambar keluarga mu . Sekurangnya aku tahu kat mane mu berada mana lah tau jika ditakdirkan dlm kesusahan dapat lah jugok saing2 tolong. Aku kadang2 kena jugok kursus kat kuantan..tahniah aku ucapkan krn myambut belajar shgga ke peringkat master , tahniah juga anak mu dpt 5A UPSR .Apa2 pun aku ucapkan tksh byk2 kerna sudi berkongsi crite dlm blog ini.

Isnin, 25 Mei 2009

Bertaut Kembali Ikatan Persahabatan



Salam dari saya,Zulkifli Zakaria,Unit A MPPP 91-93.

Tahniah kepada saudara Ramzi yang telah membuka ruang untuk kita berkongsi khabar dan berita.

Kalau member2 dah lupa siapa aku,ini passwordnya (orang paling tinggi MPPP)

Dulu pengerusi St. John selepas Kamal Arifin (Jumpa dia masa Konvo OUM Ogos lepas).S/U aku dulu Manimala. Tak taulah mana tercampak s/u aku ni. Tak jumpa-jumpa.

Satu lagi,dulu aku koir.Yang tengah-tengah tu aku la... Tukang sumbangkan suara.Mana pergi geng-geng koir tu. En. Chan ada lagi kerr?

Sekarang aku mengajar di SK. Sungai Abong,Muar ,Johor.(dekat dengan sekolah Ismail kat Bakri Batu 2).

Kepada member-member dari Unit A, aku memang berharap kita dapat berjumpa lagi. Juga rakan-rakan yang lain dari Rumah Baitul Nur dan semua warga MPPP.Mana pergi Mail Golok???

Tahun lepas aku nak buat Jejak Kasih la konon. Pergi Pasir Panjang. Rupanya cari maktab tak jumpa.Dah jadi sekolah Sains tak silap aku. Kalu ke Kelantan,aku tidur kat rumah Wan Zil ,member se'Totto' aku.

Aku tunggu panggilan jihad dari kawan-kawan.Wassalam....Zul (Mat Ju )013 6891272/zulkiflinbf4172@yahoo.com.my

FAMILI AMIR & ZAHARILA UNIT B







Assalamualaiqum kepada semua kawang-kawang. Mudah2ang kalian semua sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki dengan izinNya. Terlebih dahulu ucapang terima kasih tidak terhingga kpd saudara Mat Ramzie Marang yang berusaha melahirkan blog untuk interaksi semula dgn rakan-rakan yang hampir 16 tahun mengajar di pelosok tanah air.

Aku tahu blog ini daripada Yaya ( Geng Nibong - nama sekolah praktikum di Kuala Berang ~ Wan Zil, Nasir, Yahaya & aku ). Aku ngajor sekarang di SK Balok, Kuantan dan isteri aku di SK Sungai Karang, Kuantan. Rumah aku Taman Batu Hitam Indah dekat tempat peranginan sohor di Pantai Batu Hitam, Kuantan. Aku satu sekolah dgn Faiza Abdullah(Unit A). Di Kuantan member lain pernah jumpa dan ngajor di Ktn ialah Basri (Unit A), Zaririna (Unit E), Zul Kapten(senior), Ayu Yusnita (Nazri) di SK Beladau Kolam, Manir,Tganu.

Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 14 tahun dan 9 tahun. Anak sulung perempuan dan anak bongsu lelaki. Alhamdulillah anak sulung Nurul Amirah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Anak lelaki Muhammad Danish Ikhwan satu sekolah ngan aku. Aku dan isteri ada dapat tawaran Master UPSI jarak jauh bulan 12 tahun lepas tapi tak sambung sebab tak larat tiap-tiap minggu kena berulang ke UPSI (jauh sangat walaupun yuran murah). Kalu ada rezeki lain kali insyaAllah sambung belajar lg. Walaupun masa masa dah berlalu namun begitu MPPP tetap kekal dalam kenangan.




Sori, Mir aku ambil gbr yg zul edit tu masuk kat sini supaya jelas kelihatan.... ramzie

Isnin, 4 Mei 2009

Terima Kasih buat Saudara A.Razak & Ismail

Terlebih dahulu aku mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kalian berdua memasuki blog ini. Aku jua pohon maaf krn mgunakan nama aku 'http://www.ramzie.blogspot.com' sbagai alamat utk blog ini. Aku rasa mungkin salah satu sebab ramai rakan2 kita tak masuk blog ini.Insyaallah aku akan usahakan tukarkan nama blog tu pada rakanm3p9193 pulak ..kalau boleh.., Minta tolong kalian war-warkan blog ni bukan peribadi aku cuma guna nama sahaja , tujuan aku hanya lah semata-mata berhub dgn rakan2 seperjuangan sewaktu waktu dulu di maktab semoga diizinkan oleh Allah S.W.T dapat kita semua berjumpa ..insyaallah disuatu masa nanti.. dan dapat mengeratkan saliturahim antara kita. Kepada rakan2 yang kalu ke K.Terengganu atau ke Marang , hello lah sepatah dua pada aku , insyaallah boleh lah kita minum tea makan kerepok lekor.. okay jumpa lagi..

ramzie, 4mei2009, 3.27ptg.

Jumaat, 1 Mei 2009

Terima kasih buat Abdul Razak & Ismail Mohd Hatta

Terima kasih byk2 aku ucapkan pada kalian berduaan krn sudi memasuki blog ini , hrp tidak jemu menyumbangkan idea ,cerita dan sebagai nya utk dikongsi rakan2 yang lain.
Aku rasa mungkin nama blog ini atas nama aku so rakan2 yg belum masuk lg mungkin ingat ini blog peribadi aku, insyaallah aku akan usaha nama blog tu supaya dapat diubahkan menjadi nama blog rakan mppp kt9193 supaya ramai rakan kita tidak segan nok masuk, maklumlah masa belajar buat blog dulu ngan senior Sabri Ganu 90/92 nama aku didaftarkan, Apa2 pun buat rakan sekalian tujuan aku myambung saliturahim antara kita ... amin..

'Selamat Hari Pekerja'

dari ramzie , 1hb mei 2009, 12.58tgh.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini