Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam silaturrahim...............


Assalamualaikum buat rakan-rakan M3P 91/93 yang masih mengenali saya. Saya Haniza bt Mohamed Kamar(Kak Ima) dari unit G(Prasekolah). Seronok rasanya kalau dapat bersua dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa, terutama sekali rakan-rakan dari unit G. Terlebih dahulu terima kasih kepada pencipta blog ini. Untuk pengetahuan semua, saya akan menamatkan pengajian saya hujung tahun ini, alhamdulillah. Student PJJ-OUM-KPM Kohot 1.(Pendidikan Khas)
Apa-apa pun rakan-rakan yang mengenali saya bolehlah contact saya di no. tel. 019-5738268. Mengajar Prasekolah di SK Syed Idrus, Kuang, Chemor, Perak.
Pada Zuriana tak tahu pulak ade buka butik kat Greentown. Saya selalu shopping kat sane.

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan kita masih diberi nafas untuk bertemu dengannya.Kepada semua rakan2 tak kira di mana jua berada, selamat menjalani ibadah puasa ye. Semoga ramadhan ini mengajar kita lebih sabar dan tenang dalam menghadapi kehidupan di dunia sementara menunggu giliran menemuiNya semula.Saja menjengah ruang blog pagi-pagi ni...almaklumlah tak payah sibuk nak buat sarapan. Dah sahur kan..first day pulak tu.Kadangkala teringat juga suasana ramadhan sewaktu menjadi warga m3p dulu...berbuka ramai-ramai...terawih di dewan...seronok betul..tapi sejak berbelas tahun ni masing-masing dah ada keluarga sendiri tentu keseronokan berbuka dan bersahurnya berbeza lebih-lebih lagi kalau anak ramai...meriah.Tapi macam saya yang hanya ada anak sorang ni, kalau nak meriah kadangkala berbuka dengan ipar duai, itupun time cuti je la.Buat semua, mudah2an kita semua sihat sepanjang berpuasa ni dan bersederhanalah dalam segala hal berkaitan dunia namun berlebihlah dalam segala hal berkaitan akhirat (macam ustazah lah pulak). Tapi tak salah kan kita saling ingat mengingat (diri sendiri pun kena ingat jugak. Lastly, buat rakan UF terutama yang pompuan, mana agaknya kalian ..??? Marilah join sbb dulu ajak I tapi sekrg i sorang2 aje...Raja @ Kak Zam.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tawaran Hebat!!!


Ni nak bagi tahu... Minggu depan kita akan start puasa. Macam selalu, start puasa, start la kita menyoping esp mak2 orang ni... Bukan pe, seronoknye rasa dapat tengok anak2 n bapa kepada anak2 kita tu melawa sakan di pagi raya... Biar berhabis, tak pe asal dapat sedondon anak-beranak kan... So nak memudahkan keje mak2 orang ni, kat sini ada satu tawaran hebat. Mehla berkunjung ke kedai teman yang sedia menjual baju-baju raya untuk mak, anak n bapak sekalian... jangan risau, harga ditanggung beres, berapa % diskaun korang nak... no problem... kwn2 M3P punye pasal, confirm harga adik-beradik....

Setakat ni kwn2 m3p yang selalu datang beli baju sape lagi kalau tak aziah. Penemannye tentulah si taufik. Korang yang lain-lain ni, meh la menyoping kat kedai teman tahun ni... Gerenti cun....!

Zafri, kata nak datang bawak Sha. mehla... Semua kawan2 m3p,jangan lupa singgah n shopin kat kedai teman kalau lalu Ipoh k.

BUTIK KASIH, NO; 5, JALAN GREENTOWN 3, GREENTOWN NOVA, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Zuriana Muhamad UC

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tahniah Pai

Terima ksih Pai kerana ko salah seorang rakan yg menambahkan kemeriahan blog kita ni. Aku baru buka blog ni ari ni, maklumlah org lain tu sibuk dgn kerja but aku ni menyibuk aje. Ni pun aku kat Hotel Putra KL ni ada mesyuarat. Masa free tengah2 mlm ni blh lah buka blog. Pai kalau ko jumpa Yati, Fathati dll sampaikan salam aku. Masukan la gambo ko n keluarga. Tak dpt jumpa, tengok gambo pun ok la. Aku harap ko selalu2 la masuk blog ni....Ok la, aku nak tidur ni, sbb esok ada mesyuarat lagi...Ko kalau nak tengok gambo aku n keluarga, gi ke page mula2 blog ni sbb aku merupakan org terawal memasuki blog ni......

Drp Rahimie Jerantut

Khamis, 13 Ogos 2009

Re: Pandangan Dari Senior _Salam sahabat sahabat

Kepada semua rakan m3p 9193 harap kita dapat renung2kan pandangan senior sabri tu. Aku telah dihubungi oleh senior sabri menyatakan blog ini ada pulak hok masuk isu2 politik sebelum dah lah ada hantar gambar ngeri & pelik dan dalam chat box pulak pelbagai nama samaran jembalang , temberang,..toyol,pelesit.. kebetulan dalam seminggu ini kesibukan duk di pkg ni beginilah kadang-kadang dok dam(tidak sempat) nok pantau .maklum lah time ni kena pantau sek sistem online SSQS, STS, SPPICTS dan terbaru iQ-PSS dan mungkin ada SS apa pulak pah ni.
Buat rakan2, mungkin tertanya kenapa senior sabri selalu masuk blog ni, yang sebenarnya rakan2 semua beliau lah org yang bertanggungjawab dan bersungguh2..org kelate kato 'SUNGGUH TI' mengajar aku mencipta blog utk menyambung silatuharahim yang lama terpendam, jadi dari masa ke masa beliau banyak bg pandangan aku tentang blog , dia tumpang gembira bila melihat blog ni makin meriah dan ramai yang telah masuk ni. Memang betul apa yg dikatakan IP yg digunakan oleh rakan2 boleh dikesan jadi gunakan sebaik mungkin , tika peluang dan ruang masa ada.
Blog senior kita m3p9092 kalau diperhatikan mereka2 amat sporting tiada isu2/gambar pelik yg mereka masuk ke blog . Tetapi kekadang aku rasa sedih gok pasal kita ni , rakan2 m3p 9193 kurang sporting ni yg hantar isu2/gambor pelik dan kalu dlm chat box seolah-olah tok sir nok bagi tau nama dan unitnya.
Kepada rakan2 yg selalu memberi sokongan dlm meriahkan blog ni aku tabik spring pada korang..JOM MARI LAH MEMERIAH BLOG INI.. kepada unit D aku pinta masuk lah blog ni supaya kita dapat dikumpulkan di alam maya ini..

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini