Sabtu, 15 Ogos 2009

Tawaran Hebat!!!


Ni nak bagi tahu... Minggu depan kita akan start puasa. Macam selalu, start puasa, start la kita menyoping esp mak2 orang ni... Bukan pe, seronoknye rasa dapat tengok anak2 n bapa kepada anak2 kita tu melawa sakan di pagi raya... Biar berhabis, tak pe asal dapat sedondon anak-beranak kan... So nak memudahkan keje mak2 orang ni, kat sini ada satu tawaran hebat. Mehla berkunjung ke kedai teman yang sedia menjual baju-baju raya untuk mak, anak n bapak sekalian... jangan risau, harga ditanggung beres, berapa % diskaun korang nak... no problem... kwn2 M3P punye pasal, confirm harga adik-beradik....

Setakat ni kwn2 m3p yang selalu datang beli baju sape lagi kalau tak aziah. Penemannye tentulah si taufik. Korang yang lain-lain ni, meh la menyoping kat kedai teman tahun ni... Gerenti cun....!

Zafri, kata nak datang bawak Sha. mehla... Semua kawan2 m3p,jangan lupa singgah n shopin kat kedai teman kalau lalu Ipoh k.

BUTIK KASIH, NO; 5, JALAN GREENTOWN 3, GREENTOWN NOVA, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Zuriana Muhamad UC

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tahniah Pai

Terima ksih Pai kerana ko salah seorang rakan yg menambahkan kemeriahan blog kita ni. Aku baru buka blog ni ari ni, maklumlah org lain tu sibuk dgn kerja but aku ni menyibuk aje. Ni pun aku kat Hotel Putra KL ni ada mesyuarat. Masa free tengah2 mlm ni blh lah buka blog. Pai kalau ko jumpa Yati, Fathati dll sampaikan salam aku. Masukan la gambo ko n keluarga. Tak dpt jumpa, tengok gambo pun ok la. Aku harap ko selalu2 la masuk blog ni....Ok la, aku nak tidur ni, sbb esok ada mesyuarat lagi...Ko kalau nak tengok gambo aku n keluarga, gi ke page mula2 blog ni sbb aku merupakan org terawal memasuki blog ni......

Drp Rahimie Jerantut

Khamis, 13 Ogos 2009

Re: Pandangan Dari Senior _Salam sahabat sahabat

Kepada semua rakan m3p 9193 harap kita dapat renung2kan pandangan senior sabri tu. Aku telah dihubungi oleh senior sabri menyatakan blog ini ada pulak hok masuk isu2 politik sebelum dah lah ada hantar gambar ngeri & pelik dan dalam chat box pulak pelbagai nama samaran jembalang , temberang,..toyol,pelesit.. kebetulan dalam seminggu ini kesibukan duk di pkg ni beginilah kadang-kadang dok dam(tidak sempat) nok pantau .maklum lah time ni kena pantau sek sistem online SSQS, STS, SPPICTS dan terbaru iQ-PSS dan mungkin ada SS apa pulak pah ni.
Buat rakan2, mungkin tertanya kenapa senior sabri selalu masuk blog ni, yang sebenarnya rakan2 semua beliau lah org yang bertanggungjawab dan bersungguh2..org kelate kato 'SUNGGUH TI' mengajar aku mencipta blog utk menyambung silatuharahim yang lama terpendam, jadi dari masa ke masa beliau banyak bg pandangan aku tentang blog , dia tumpang gembira bila melihat blog ni makin meriah dan ramai yang telah masuk ni. Memang betul apa yg dikatakan IP yg digunakan oleh rakan2 boleh dikesan jadi gunakan sebaik mungkin , tika peluang dan ruang masa ada.
Blog senior kita m3p9092 kalau diperhatikan mereka2 amat sporting tiada isu2/gambar pelik yg mereka masuk ke blog . Tetapi kekadang aku rasa sedih gok pasal kita ni , rakan2 m3p 9193 kurang sporting ni yg hantar isu2/gambor pelik dan kalu dlm chat box seolah-olah tok sir nok bagi tau nama dan unitnya.
Kepada rakan2 yg selalu memberi sokongan dlm meriahkan blog ni aku tabik spring pada korang..JOM MARI LAH MEMERIAH BLOG INI.. kepada unit D aku pinta masuk lah blog ni supaya kita dapat dikumpulkan di alam maya ini..

Terima Kasih FaizalUE(Pai)

Terlebih dulu aku ucapkan tkasih krn mu masih ingat saing2 kita ni wlpun dah lama terpisah .Perkataan mulligan ni, mu ambil mana weh, aku dok pernah dengar perkataan tu .. mu loning duk gajar mane dulu aku dengar mu masih solo ,sekarang ni macam dah.. ohya baru aku ingat mu pernah gi kat aku di quaters guru pulau perhentian masa aku ngajor sana..oklah mu kirim salam lah mana2 member kalu jupe suruh dia masuk blog retek jangan masuk ikut sir dah , jangan campur bab2 politik dan sensetif mana2 kaum dah..

MULLIGAN ! (kalau ditranslate maksudnya lebih kurang 'ulang semula')

Boring, so aku teringat rakan m3p. Tak semena-mena kepala otak aku ni imbas semula peristiwa penting aku bersama korang dulu.... So aku catatkanlah...

1. Ramzi - Teammate hoki aku. Dia bengang penalty stroke aku tak masuk waktu semifinal dgn MPKTBR di MPKB untuk layak ke PESTARAMA peringkat Kebangsaan di Penang.
2. Hashan - Selalu balik bercuti naik bas sama tp tempat duduk lain-lain.
3. Adnan - Sentiasa senyum walaupun kena marah
4. Zul Panjang - Tak byk cite ngan dia
5. Zaidi - Pernah jadi feeder aku. Selalu datang Port 91 tgk TV dan selalu kalah main Saidina.
6. Mat Zan - Dia selalu nyanyi lagu Sejiwa (Spring)
7. Rahimi Jerantut - Gentle, Ketua Unit Sem 1. Selalu kena protes. Sem 2 kena guling, ha ha..
8. Ismail Hatta - Selalu kena buli dgn Mazlan & Hafiz
9. Mail Golok (Mat Lazim)- Sekejap je jumpa, tp jumpa semula di MPKB waktu Pestarama.
10.Wak (Jemadin) & Pak Ya (Yahya) - Buat assighment Bahasa Melayu, tapi bincang cakap jawa.
11. Alimin - Mat Rempit M3P. Hebak mu liming.
12. Ramu (rahimi) - Kawan aku yg sentiasa confuse...asyik bodek hamzah nak duduk Port91
13. Wan Zil - Bila main takraw selalu sebut "A bola"..
14. Abu Kasim - Sempoi, pandai bergurau tapi selalu jeling aku bila pakai seluar pendek...
15. Zafri - Bertungkus-lumus manually print T-Shirt sukan sekolah SK Wakaf Tapai....
16. Amran - Macam-macam hal aku dgn dia ni, panjang nak ceta..

Cuma nak tau di mana agaknya Hamzah (Housemate aku), Rizal (Tukang urut aku), Mazlan (Penglipurlara), Kairul (Tukang Komputer/Pengadil bola), Fauzi (Guru gitar aku),Irham (Selalu tumpangkan aku naik motor dia.

Ok, Chow Sin..
Pai UE

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini