Rabu, 16 Disember 2009

Salam mesra dari Perlis...


Assalamualaikum WBT...

Salam manis dan ingatan ikhlas terutamanya kpd rakan2 Unit E (91/93). Masih ingat kot yer kat bekas ketua unit korang ni. Alaa...aku sorang jer dari Perlis kelas tuu.. Korang semua apa habaq la nii?? Aku harap semuanya baguih dan semakin ceria sihat hendaknya.. Aku dok ikut dan dok baca lamalah jugak blog ni tapi tak dan nak masuk. Ni lah baru cuba2 nak join tulis... Boleh kot no .. tapi kena minta izin dulu drp kawan blogger kita si Romzie.. Mu kenal aku lagi dak Romzie? Kalau mu dak kenal mu tanya member baik mu .. si Merang kat Gurun tuu.. dia pun dah lama x contact aku le ni... duk sibuk study kot.

Aku le ni dah balik ke kg asal aku di Perlis. Mengajar lak di Kuala Perlis dekat jeti Kuala Perlis nak pi ke Langkawi nuu.. Aku le ni anak baru 4 orang..bini baru sorang...hehe. Dulu aku posting di Klang dan duk menyewa serumah dengan Merang Gannu, Che Nizan Perlis, Azmi Kamal Tlk Intan dan Hashim Ejom Sg Manik... semua geng M3P lah tuuu.. Pas 3, 4 thn masing2 dah berkeluarga dan membawa haluan masing2...

So.. aku pn x nak tulis bnyk2 kali ni...cukuplah sekadar mencoret yg termampu... dan nak bagi ruang kat org lain lagii..Lain kali kalau ada citer aku tulis la noo??

Ok setakat ni...wassalam...

Daripada;

Anuwar Mat Din,

Kangar, Perlis.

019-4790084.

Selasa, 17 November 2009




Assalamualaikum.


Saya Kartini Sepawi dari UE 91/93. Baru nak belajar join masuk dalam blog ni. Selama ni dok mengikuti ja. Baca ruang sembang rakan2 M3P ni. Seronok tak terkata dan kenangan mengusik jiwa sungguh. Imbas kembali kenangan ketika di M3P dan terbayang wajah rakan2 sepejuangan ketika itu. Memang rindu pada anda semua terutama pada rakan2 UE 91/93. Terima kasih pada Abg Mie yang menjadi sifu untuk Tini membuat coretan sulung dalam blog ni. Ok salam persahabatan dari Tini jumpa lagi pada masa akan datang. Masih ingatkah lagi pada saya......



Isnin, 9 November 2009

Salam Satu Malaysia Dari Kuala Selangor

Dari Pasir Mas Ambo Berkelana
Singgah di Rompin Menimba Pengalaman
Kini di Kuala Selangor Ambo Beristana
Bersama keluarga di Jeram yang Aman

Assalamualaikum .... buat member satu kapal 91/93. Harap2 demo kenal lagi la kat aku yang dah berubah 200% ni. Ialah, dah lebih 16 tahun tak bersua muka. Bukan tak ingat, malah rindu sangat pada tepian Pantai Batu Buruk, Bukit Besar, Pasar Payang yang juga dah berubah 200%, memori-memori bersama kalian semua masih aku patri kemas diingatan (macam jiwa2 la pulak). Selalu jugak aku buka blog kita, tapi idea tak mari lah. Dah tua kot..... jadi tak berapa pandai nak ngecet. La ni, aku ngan famili dan 5 thn di Kuala Selangor. Anak pun dah 4 orang. Agak-agaknya bila ya kita punya reunion.. tak sabar rasanya nak jumpa member2 lama, terutama Unit B. Ok. Aku chow dulu lah. Nanti aku kirim khabar baru. Wasallam

Selasa, 3 November 2009

assalamualaikum kengkawan

terima kasih zie kerana cipta blog ni. kawe raso cukup bertuah kerana dapat mengintai dan mengetahui rakan2 mppp dulu. kenangan kita semua hampir 16 tahun dulu tetap tersemat di hati. Kawe tengok gambar maso xpdc perhentian, teringat balik zaman kurus dulu. loni doh jadi guni berah doh. Anok doh setengoh dozen. Kawe duk di bunut payong dekat dengan wakaf che yeh. setakat tu dulu deh. Sapo2 hok kenal amrulkhairi mahmud ( unit F )n bini ambo rosliza yaakub ( unit E) bulih la hubungi kami berdua kalu ado maso. Kalu mari kelate bulih la kawe bawo gi pasar borong wakaf che yeh, 1KM dari rumoh aje. No tipon ambo 0139983188 n bini ambo 0139022728. Khas utk Raja Zam, kawe doh masuk blog ni, bulih la kito berbicara.

Khamis, 8 Oktober 2009

jengok-jengok etek eh!

Salam untuk semua warga m3p 91/93 khasnya dan semua amnya yang menjadikan blog ini sebagai kesinambungan kenangan lama di M3P sekaligus merapatkan kembali silaturrahim antara kita.Trimo kasih kpd cikgu Ramzi kito dan cikgu Sabri yg mencetuskan semua ini semoga dimanfaatkan oleh semua . Ambo baru nak jengok-jengok diblog ni walaupun lama dah tahu puak-puak kita dok bercerita dale ni.Seronok dan ralik jugak bila baca cerita dan tengok potret kawe2. Paling comel En. Azmi Kamal kito ,biarlah Camry ore pun asal ada cito2. Dengar khabarnyo duk di PPD tahniahlah mie semoga bahagia sokmo.Paling gembiranya baru-baru ni Tn.Hj Mohd Najib bin Desa telah sampai ke rumoh ambo.apo lagi berpelok sake lah ambo dge dia .Bezanya ada rasa so ohg sikit maklumlah sama-sama bulat gotel.

sekie dulu dari ambo, semasa perkenal diri mulo2 nak masuk maktab dulu ambo kata nama saya Roslam dari kelantam.Singkatannya Abe Lam Unit C.Rumah ambo di kubang kerian,ym boleh call pun boleh matelan_3738@yahoo.com tel 019-9823209

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini