Rabu, 12 Ogos 2009

A,kum. Teman sokong pandangan Sabri. Harap semua akur yang blog ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama kita, bukannya untuk kepentingan pihak yang tertentu, jika berminat sangat nak berpolitik, gunakan blok sendiri atau masuklah blog yang sememangnya membincangkan tentang politik.

KATAKAN TAK NAK "POLITIK" DALAM BLOG INI.

Ikhlas,
mail kuale

Salam Sahabat-sahabat

Sungguh meriah blog ni, dengan pelbagai gaya dan warna, cuma sedikit pesanan jangan terlalu ghairah berblog dan sesuka hati mengeposnya, setiap posting ke blog ini kita tahu siapa yang mengeposnya kerana setiap komputer kita ada ni IP (nombor pengenalan diri). tarikh, masa serta lokasi. Saya juga sedih bila menyemak no ip orang yang mengepos , merupakan sahabat-sahabat kita juga yang selalu masuk ruang sembang. Malah ada yang menggunakan no IP kerajaan. Kami rangkainan BTP/PKG mempunyai senarai no IP semua lebig 10 ribu sekolah di Malaysia dan kalau kami sort tak sampai dua minit pun untuk mencari siapa mengepos. Ingat kes peminat sharifah aini ? Ingat kes sms "Ramzi Marang" Mantan s/u MB Dato' Idris Jusoh. Cuma pesan saya sewaktu peluang ada gunakan sebaiknya. Terima kasih

Selasa, 11 Ogos 2009

Silence Pls, My Turn To Tee Off !

Assalamualaikum,
Waktu sunyi sepi nilah rasanya elok aku mencelah. Aku memang "tabik spring" kat korang semua. Tak sangka m3p ada magnet yang sangat kuat. Ramzie, aku dah beberapa kali jumpa kau di P.Perhentian, nape tak bagitau aku pasal blog ni? Walau apapun sekalung tahniah buat kau kerana berjaya menaja dan memeriahkan blog ni. Buat Zafri, timakasih kerana jemput aku join blog ni.
Seronoknya tengok kawan2 semuanya dah ada kehidupan yang bahagia. Anak2pun dah besar-besar. Tentu ada dikalangan korang yang dah pasang niat nak tambah cawangan ha ha ha. Sebagai kawan yang pernah korang kenal dulu, aku rasa bangga dengan pencapaian korang sekarang. Aku percaya, selain daripada kurniaan Illahi, m3p sedikit-sebanyak telah membuatkan korang berjaya hingga sampai ke tahap ini sekarang. Betul tak?
Apa2pun 'all the best' buat korang semua rakan2 m3p 91/93 sama ada yang dah masuk blog atau belum. Tak lupa juga rakan kita yang telah tiada. Al-Fatihah.
Korang boleh hubungi aku dialamat : atan_fj@yahoo.com
Sehingga bersua dilain kali. PAI

Isnin, 10 Ogos 2009

semoga semuanye sihat & dilindungi Allah

Assalamualaikum.....buat semua yang masih mengikuti blog ni. Memang dah agak sunyi sikit tanpa cerita terkini. Maklumlah tuntutan tugas dan pelbagai komitmen yang sentiasa tak berkesudahan. Saya pun agak sibuk gak..naknye UPSR dah tinggal tak sampai pun sebulan lagi.Tiap2 minggu murid2 tahun 6 sibuk dgn ujian. Apalagi kenalah menanda kertas, bincang jawapan, kelas tambahan....semuanya sbb nak maintain @ tingkatkan % qliti dan qtiti UPSR. Nasib baik lah GB tak pressure sangat..."buat apa yg cikgu fikir terbaik..apa juga keputusannya kita terima..janji usaha dulu"... oklah tu kan.Saya rasa kengkawan yang lain pun tgh sibuk jugak kot.Tapi keje2 juge...belajar2 juge... kesihatan kena jaga juge ye.Semoga semuanya sihat dan dijauhkan dari penularan H1N1 yang hanya Allah saja tahu makna disebaliknya. Mudah2an kita dilindungiNya dan moga kita juga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama saja lagi.Okla setakat ni dulu...sekadar mengisi ruangan yang dah agak sepi.Buat Ramzi t.kasih ye. Buat kengkawan UF... sesekali tu join la blog ni, boleh gak tau perkembangan you all.*********Raja.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kuda Kepang....



Dah lama tak ada orang nak tolong pulish berita dan cerita dalam blog ni... agaknya masing-masing sibuk dengan keluarga dan tugas seharian. Saya pasti ramai yang menjadi pengikut setia blog ni setiap hari tapi tiada bahan untuk dikongsi bersama.

Ok la kali ni aku cuba nak cerita tentang pengalaman pertama kali dalam hidup kena menari kuda kepang.... satu-satunya binatang yang bertelur dileher....hehehe... maklumlah baru masuk maktab apa yang orang suruh kita ikut je... cuba kalau suruh sekarang ni.... minta maaf la..maklumlah masing-masing dah semakin tua... urat dah keras...

Gambar ni adalah persembahan daripada Unit C...sengaja aku pilih gambar yang tak terang... supaya tak beberapa nampak sebab segan dan tak sanggup nak tengok gambar sendiri naik kuda kepang tu... semuanya kuda jantan sebab tu meroyan je tak tentu hala... kuda betina jadi pengarah je...

Antara penari-penari yang naik kuda malam tu ialah kau orang tengok lah dan carilah sendiri.....

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini