Sabtu, 27 Jun 2009

Kek Hari Lahirku......

SALAM SILATURRAHIM.
Kawan-kawan semua aku kini telah berumur 39 tahun. Sempena hari lahirku pada hari ini (27 Jun 2009) kawang-kawang tolong doakan agar aku bertambah sukses dalam semua bidang kehidupan di dunia dan berjaya di akhirat. Maaf kawang-kawang kerana korang semua hanya dapat tengok gambar kek aje tapi tak dapat rasa. Sekian untuk kali ini .



SALAM SILATURRAHIM.
Kawan-kawan semua aku kini telah berumur 39 tahun. Sempena hari lahirku pada hari ini (27 Jun 2009) kawang-kawang tolong doakan agar aku bertambah sukses dalam semua bidang kehidupan di dunia dan berjaya di akhirat. Maaf kawang-kawang kerana korang semua hanya dapat tengok gambar kek aje tapi tak dapat rasa. Sekian untuk kali ini .



Buat Yahaya , .. selamat hari lahir buat mu moga murah rezeki,amin.. ramzie.


PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN

S entiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya
.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri..Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Sekian, Selamat Mencuba drp Rahimi Harun Perlis.



..Tahniah dan ribuan terima kasih krn memasukkan info yang bagus dan berguna untuk rakan2 kita semua memang betul ramai yang tidak pasal telefon itu termasuk aku he,he,he...
Tapi klu bagus lagi dapat nyatakan siapakah gerangan tuan hamba yang menghator ini... drp Ramzie..

TEPI !!!!!!!!! ORANG PERLIS PULAK NAK JOIN

Salam ,

mula sekali tahniah pasai batch kita ada blog .........terutamanya kepada ramzi . Aku ni Rahimi Harun. Bukan Ahmad Rahimi .. dia tu senama dengan aku saja tapi size lain dia kurus tapi aku la ni setakat pak Ya tu aku ingat boleh celen la. Ingat dak, kalau tak ingat aku bagi pembayang... orang paling bising dalam batch 91/93 . sekarang aku jadi guru yang kurang ajar.... pasai masa mengajar sikit.. mengajar di SK Telok Kechai jalan kuala kedah alor star. Kalau ada kawan -kawan yang datang ke sebelah utara ni call lah aku ..siang malam 24/7 ..HP 0124800636 nak mai rumah lagi bagus.. tapi call dulu lah senang aku nak jamu hampa cicak goreng ka ..kura-kura bakar ka.. katak panggang semua ada huh.. sedapnya.



..Terima kasih buat Rahimi Harun krn masuk blog ni , pah ni ator gabor famili mu pulak..drp Ramzie..

Jumaat, 26 Jun 2009

Bukit Kepong


Assalamualaikum Ramzi dan rakan-rakan....
Sabtu lalu (20 Jun 09) ,aku mengiringi lawatan sambil belajar ke tapak bersejarah -Balai Polis Bt. Kepong ,Muar. Aku bertindak sebagai jurugambar.

Kawan-kawan yg bertandang atau datang ke Muar,Johor bolehlah singgah melawat kalau sempat.Dari Tol Pagoh kira2 setengah jam saja.

Mat Ju/Zul Unit A
0136891272

Rahimie Jerantut UE & Alimin UG

r Salam rakan2 m3p, disini aku masukkan gbr saing2 kite , Rahimie Jerantut UE & Alimin Jerangau UG. Gambar ni dirakam baru sebentar tadi (11.49mlm -25 jun 09) semasa aku pergi jumpa dia orang kat Kuala Terengganu makang nasi dagang. Rahimie datang mesy kat KTrg ( 24- 26 jun 09 ) manakala si Alimin tu 'dikerah' datang oleh Rahimie dari Felda Jerangau ke K.Trg . Syabas pada mu Alimin krn sanggup dtg wpun 1jam pjlnan dari rumah mu semata-mata berjumpa rakan lama . Aku ngan dia wpun duk Ganu tapi jarang jumpa ..Bila jumpa byk perkara dibincangkan pasal zaman maktab dulu , seronok gok sekali sekala jumpa member2 ni. Sekian lu , jumpa lagi.. drp ramzie , 26 jun 09 - 01.25pg.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini