Khamis, 2 Jun 2011

memori 2010

cerita pasal memori dan berlaku pd 2010

Rabu, 1 Disember 2010

Hai...apa khabar kawan-kawan!!


Assalamualaikum semua rakan2. Dah lama tak ke udara. Semalam Azhan,Md Nor dan Azhar Unit A contact aku dari K.T. Terpanggil aku untuk mengaktifkan kembali diri di ruangan blog kelolaan saudara Ramzi dan Sabri yang tersohor.

Kepada saudara Ramzi....reunion masih ada harapan.Kalau jadi nanti...sebarkanlah melalui FB. Walaupun dah ada FB tapi aku pening kepala buka FB. Jarang bukak.

Kepada rakan-rakan...sedikit perkembangan aku,..aku dapat tukar sekolah ..dekat je dengan rumah aku. 3 minit je. SK Seri Jong, Muar,Johor.

Baru-baru ni,24 Nov 2010, tibalah saat bergraduat yang ditunggu-tunggu...Lewatlah sikit dapat pakai jubah U. Masa kat Hotel Dynasty,KL, aku terserempak dengan Faizal .Unit D atau E. Sekolah dia belakang hotel tu... Apapun ,aku juga nak ucap tahniah kepada rakan-rakan lain yang turut berkonvo pada tahun ini.

Wassalam.

Mat Ju Unit A
(ZULKIFLI ZAKARIA)
Pengerusi St. John 91-93
Rumah Baitul Nur

Khamis, 15 Julai 2010

Assalammualaikum wbt...
Gambar ni sebenarnya diberi kepada aku oleh kak Zaririna...bendahari pengakap terulung. Diberi sebagai kenangan kerana aku tak dapat bersama mereka sewaktu ekspedisi berakit (sehingga kini aku belum pernah berakit). Lupa pulak aku mengapa tak dapat turut serta...kemungkinan besar aku terlibat dengan pestarama...wallahualam. Dalam gambar ini juga...teringat juga tentang tutor aku (Unit E)...Haji Wan Yaacob...yang sangat tenang, lembut dan sangat-sangat mengambil berat. Bagi Tuan Haji Khairuddin...seperkara yang masih aku ingat dan pelajari sehingga hari ini...ialah keazamannya menepati waktu yang diamanahkan kepadanya...beliau amat mengutamakan masa bagi kelas yang diajarnya. Dalam fikiran dan hati kecil aku...terus tertanya-tanya...di manakah guru aku berdua ini sekarang? Apakah aku masih boleh berjumpa dengan mereka? Masih berkesempatankah aku menghubungi mereka? Mudah-mudahan ada di kalangan rakan yang dapat membantu aku! Apa-apa pun didoakan agar mereka berdua dan guru-guru lain yang pernah mengajar aku di maktab M3P sentiasa selamat... di dunia dan akhirat serta diberi kesihatan yang terbaik...Kepada pensyarah yang berbeza pandangan mata dalam gambar tersebut...lupa pula aku namanya....mungkin Encik Wong....kalau salah haraf maaf dan mohon diperbetulkan. Sekali lagi terima kasih kepada kak Zaririna kerana memberikan aku gambar kenangan ini...kak zaririna bukan sahaja seorang kakak yang baik tetapi juga seorang penasihat yang mulia...

Aku...
MD.ZAN BIN ABU BAKAR
PKG Pasir Gudang

Rabu, 14 Julai 2010

Terkenangku Semasa Dulu




Salam bersua kembali buat rakan-rakan lama mppp9193 aku doakan moga sihat sejahtera dan bahagia di samping anak-anak kalian. Kepada saudara Ramzi aku nak ucap terima kasih kepada mu pasal bantu aku carikan tempat penginapan chalet di Marang dalam perjalanan balik ku ke Kuala Kubu Bharu dari Kota Bharu Kelantan selepas menghadiri kenduri kahwin rakan guru di Wakaf Che Yeh. Tidak lupa buat kawan-kawan aku sertakan gambar keluarga serta hobi mingguan kalau lapang. Jumpa lagi dari aku di Kuala Kubu Bharu . Khusaini Amir Puteh Wahab dan Ruzita Saidin serta enam orang cahaya mata. 016-6223061(amir); 0162312764 (Ruzita).

Rabu, 17 Mac 2010

TQ Zie

Terima kasih Zie kerana kau telahmenunaikan permintaan aku. Sebenarnya aku dah lama tak buka blog ini, hari baru aku buka semula. Apa-apa pun terima kasih aje lah ok.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini