Terima kasih buat saudara Ramzie atas usaha anda mengadakan blog ini... semoga ianya dapat mempertemukan semula hubungan yang terputus setelah lebih 15 tahun...
Sambutan tentang blog ini masih lagi kurang berbanding dgn senior kita 90/92... mungkin masih ramai yang tak tahu tentang kewujudan blog ini dan mungkin juga sibuk dgn komitmen masing-masing. Saya pun terjumpa blog ini secara kebetulan.... lepas tu dapat la contact dua tiga orang kawan lama... housemate... Nan, Mat Pin, Azmi Kamal... masing-masing dah berpangkat sarjan (anak tiga) Yang lain masih tak dapat khabar berita...
Harapnya ini sebagai titik permulaan untuk meneruskan semula hubungan kawan yang terputus... Eh.... lupa pula nak perkenalkan diri... aku Abdul Razak Unit C, sekarang bertugas di Negeri Selangor... kawasan sempadan dengan Perak.. dekat dgn UPSI... so kalau sesiapa yang terlajak dan tersesat di kawasan Tg. Malim atau Hulu Selangor contact la aku...012-6242621.. member kita di M3P yang ada sekitar sini ialah Rosli Sulaiman ( tak salah aku unit f) dan isterinya Norshihan, Khusaini Amir ( Unit A) dan isterinya Rozita( Unit A juga), Azmi ( Unit E) Wan Zaki ( Unit C)...dan baru-baru ni ada terserempak dgn Mohd Hafiz (duduk kat Perlis) ...dia ada kursus dkt dgn tempat aku ... dia pun dah jadi org kuat dan org hebat....Khairul Komputer pun ada jumpa sebab dia sama sambung belajar dgn aku ( dah tua2 baru la nak belajar) dgn Azman Pra sekolah...
Aku harap lepas ni makin ramai kawan-kawan kita join blog ni...warkan pada kawan... nanti kalau ada kelapangan aku add gambar pulak... ok la jumpa lagi...
0 ulasan:
Catat Ulasan