Asalammualaikum wbt
"Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tumpuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya". ( Hamka).
"Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tumpuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya". ( Hamka).
Kepada kalian semua…pasti tak melupai saya, sebagaimana saya tidak melupai kalian. Mana mungkin kita dapat melupai! Begitu bertuahnya kita warga M3P. Khasnya 91/93. Kalau tidak semuanya...pasti hampir keseluruhannya kita mengenali antara satu sama lain. Kepada yang mungkin telah berubah fizikalnya...mohon kemaafan jika saya tidak menegur kala bertemu. Tegurlah saya. Marilah kita jalinkan semula silaturrahim yang telah lama terputus. Gembira jika kita dapat bertemu kembali. Walau pun M3P telah menjadi sejarah…namun, memori kita semua sewaktu di sana masih kuat dalam ingatan. Kepada yang telah pergi meninggalkan kita…marilah kita doakan agar mereka diterima di alam yang kekal…Al-Fatihah. Kepada saudaraku Ramzi…terbukti anda merupakan sahabat baik di M3P mahu pun selepasnya. Gembira dan senang bertemu dengan kamu.
Kepada rakan-rakan yang lain…selamat maju jaya. Mari sama-sama kita jadi seperti sepohon pokok yang berbuah lebat, dibaling dengan kayu/batu…dibalas dengan buah!
Kepada rakan-rakan yang lain…selamat maju jaya. Mari sama-sama kita jadi seperti sepohon pokok yang berbuah lebat, dibaling dengan kayu/batu…dibalas dengan buah!
0 ulasan:
Catat Ulasan