Jumaat, 3 Julai 2009

Kenangan Haji 2006

Asslamualaikum, kepada rakan-rakan M3P seluruh Malaysia semoga sihat walafiatlah hendaknya. Kenal tak aku. Aku Abu Kassim unit C yg. selalu pakai songkok. Budak Melaka yg belum tukar ke kampung lagi 1991-2009, 18 tahun di Terengganu. Aku kat Kemaman ni happy sokmo dengan family. Aku skg mengajar di SK Seri Bandi 2 manakala mek aku R. Fatimah (UG) mengajar pra di SK Seri Bandi. Aku ucapkan TAHNIAH untuk Ramzi yang sanggup bina blog untuk silaturrahim kita semua. Gambar ni adalah gambar aku dan isteri semasa gi haji tahun 2006 balik 2007. Gambo ni aku masukkan sebagai kenangan untuk tatapan rakan. Juga untuk motivasikan rakan-rakan yg belum lagi gi haji untuk bersemangat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Aku sendiri kalau boleh nok gi setiap tahun. Kalu boleh lagi nok duduk di Madinah jual sayur tepi jalan pun takpe, tapi seronok hidup disana. Apakan daya iman lemah masih jadi cikgu lagi. Anak aku skg 5 orang baru.............. Andaikata ada rezeki adalah lagi. Tahniah untuk Zurina Unit C antara kaum Hawa memeriahkan blog ini. Untuk Zurina kita sama jawatan di sekolah iaitu Penyelaras Bestari. Bos kita Pegawai Teknopen macam Ramzi. Di Kemaman ni yg aku ingat set m3p 1991-93 Zali Paka, Fatimah unit F, jamaliah (UG) dan Zul Unit F (kalu salah unit minta maaf). Andaikata terjumpa rakan-rakan di Kemaman ni insyaallah aku akan hebahkan pasal blog kita ni. Oklah rakan-rakan kalu gi Kemaman boleh singgah rumah aku no tepon aku 013-9043594 e-mail dai_tech@yahoo.com.
Akhir kata , wa cayalu Ramzi.........

Ikhlas dari,
Abu Kassim(UC) & Raja Fatimah (UG)

2 ulasan:

Azman Sayuni on 3 Julai 2009 6:44 PTG berkata...

Seronok bila melihat makin ramai cikgu kita menunaikan haji. Hj Abu, duduk Hotel Khazindar ker masa buat haji tuh....

rakan mppp 91/93. on 4 Julai 2009 10:40 PTG berkata...

Hotel Al-Azhar lebih kurang 100 meter jalan kaki ke Masjidil Haram. Alhamdulillah dapat dekat sikit dengan masjid walaupun pakej Muassasah.

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini