Selasa, 17 Jun 2008

Salam pertemuan di alam siber.




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama aku dapat pwd dari Ramzie, wbp terima kasih Zie, mung memang proaktif untuk mewujudkan blog ni. Aku harap usaha murni ini dapat diteruskan agar kita semua boleh berkongsi cerita dan pengalaman. Blog ni memang dah lama aku tunggu kemunculannya, tapi aku tengok blog ni bukan baru tapi dah lama start, yg sedihnya masih ramai lagi member-member yang tak tahu. InsyaAllah aku akan cuba uar-uarkan kepada member-member yang lain. Jadi, kawan-kawan, apa lagi marilah kita memeriahkan blog kita ni. Dan kepada mung Ramzie...syabas satu usaha yang baik.

Okay, kepada kawan-kawan yang masih mengenali aku..salam hormat drp aku buat kalian, yg dah lupa tu ingat-ingatlah balik aku ni...kalau jumpa mungkin tak kenal, almaklumlah badan semakin berisi, makan sodap hari-hari.. Isteri aku pun mungkin kalian dah kenal, tengoklah gambar kat atas tu he!he!he! dan anak-anak pun kat atas tu sama kuantitinya sehinggalah hari ini.

Buat pengetahuan, aku sekarang mengajar di SMK Pendeta Za'ba, Seremban tapi sekarang aku tengah cuti belajar sampai tahun depan buat Master kat Universiti Malaya. Masa first degree aku 'grad' kat UPSI. Masa kat UPSI pernahlah jugak jumpa Wan Zil (killer team takraw masa kat Maktab, aku feedernya...keh!keh!keh!) dan jugak junior-junior kita. Kat UM sekarang ni aku pernah jumpa si Norizang (Unit A tak silap aku) pun tengah buat master. Masa kat UPSI jumpa jugak tapi masa tu dia jadi junior aku. Syukur Alhamdulillah, aku boleh sampai setakat ini...kalian semua bagaimana...tentu dah berjaya dan berbangga dengan status masing-masing. Yang lain ada jugak aku jumpa masa aktiviti MSSM dan sebagainya...biarlah dia orang cerita sendiri hal dia orang kat blog ni.

Aku taknak melalut dah, cuma kesempatan ini aku nak korang jenguk-jenguklah website aku di www.zaidimus.com.
kat website tu pun aku ada create blog aku sendiri..singgahlah kalau nak tahu lebih lanjut tentang aku. Akhir kata, salam hormat buat kawan-kawan...kalau nak buat reunion tu sebar-sebarkanlah kat sini.

Mohd Zaidi Mohd Mustapa...Unit D MPPPKT 91/93

1 ulasan:

dnang on 13 Oktober 2008 pada 10:49 PG berkata...

tahniah la mu zaidi ...wa dah berisi mu tk macam aku masih mcm dlu ....tk sangka member2 dah sambung blajar ke peringkat tinggi...
meh kta bgi sokongan kepada blog ini sbgai pemangkin kepada penyambungan silaturahim antara kita geng M3P...biar byk blog individu pn kta jadikan blog ini sbagai blog utama .okeh setuju tak.....

Pengenalan

Blog ini dicipta untuk mengembalikan semula kenangan sewaktu di MPPP KT 1991/1993 . Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberikan sumbangan idea, coretan , pengalaman bertugas dan sebagainya yang dapat memberi manfaat untuk dikongsi bersama serta memeriahkan blog ini.Bahan-bahan yang dikirimkan diharap tidak menyentuh perasaan,.. teruja, trauma,tersentak atau menguris hati mana-mana individu, orang perseorangan dan pihak tertentu...Selain daripada itu juga ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara kita , kpd rakan2 yang menyertai blog ni diucapkan jutaan terima kasihh(sila klik sign in, taipkan username rakanmppp@gmail.com dan password sila contact 019 934 7380 )..daripada Ramzi Abdullah (Mat Marang-Unit D Sesi 91/93)..email zie8763@gmail.com.
 

Ramalan Cuaca Hari Ini

Peta Terengganu

MPPP 91/93 Hak Cipta© 2009 Oleh Admin :: Nor Azwari ::
PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini